Followers

Sponsored Advertisement

.

SARAPAN PAGI YANG SEDAP

Assalam­­ualaikum,selain masak sendiri resepi kegemaran keluarga untuk juadah saparan pagi... tentu kita ada makanan favourite yang ikut selera dan citarasa sendiri kan.. Alhamdulillah Sabtu lalu penuh dengan jemputan Kenduri Kesyukuran dan Jamuan Hari Raya, pagi-pagi dah siap masak sarapan dan masih masak juga untuk makan malam. Ahad Norzi masak bihun goreng dan puding kastard kerana adik ipar datang beraya. Kemudian Norzi ke rumah kakak ipar beraya dan makan tengahari di sana. ermm... tak abis-abis type makan, makin besar la badan ni nampak gaya nye :(


Ok, bercerita pasal makanan dan masakan, hari ni Norzi share sarapan kegemaran Norzi . Norzi suka kombinasi Nasi putih, sotong goreng tepung dan juga kerang sambal ni. Ni favourite Norzi. Kalu boleh tiap-tiap pagi nak makan sotong goreng tepung ni. Sedap sangat. Ianya kelihatan sangat  bebas minyak , kering dan rangup dan sangat sedap! Sebelum ni kalau nak makan sotong goreng tepung yang best kena ke Bagan Lalang. Sekarang ni kalau teringin je pagi-pagi dah tangkap yang dah siap ni..


Kepada yang teringin nak buat sendiri boleh la.. Norzi ada tanya tukang masak tu resepi sotong ni .  Mengikut kata tukang masak tu hanya gunakan tepung biasa, telur dan garam. Sukatan adunan yang tepat Norzi tak tanya...tapi yang dah biasa masak boleh agak-agak la kasi adunan tak begitu cair. Norzi belum pernah cuba lagi .. jadi tak pasti ingredients ni betul atau tidak. 

Apa-apa pun selamat bekerja dan bersarapan untuk semua yang membaca.








Salam ceria,

Norzi~

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...