Sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016 , kami last shopping di IOI City Mall. Niat nak beli baju n jeans anak anak just nak tambah tambah sebelum beraya... Kebetulan dah di IOI City Mall memang banyak kedai dengan brand menarik. Lalu depan Fossil, mula mula tengok tengok beg, lepas tu cuba jam , dan lepas cuba cuba dengan hubby , terminat la pulak kat jam satu ni. New collection dari Fossil . So mencuba dan decided nak beli la satu sorang , satu untuk Norzi , satu untuk hubby..
Sementara kita memilih , anak Norzi sibuk bergambar... heheh dah besar panjang..
Layan gambar. Latar belakang gambar ni adalah kotak jam yang akan diberikan jika dah beli jam , so boleh la pilih mana mana design kegemaran.
Memang tergoda tengok jam ni ada promo untuk engrave. Jam yang ada tak da engrave so Norzi dan hubby sepakat untuk engrave nama kami sekeluarga. Nak engrave ambil masa dalam satu jam mcm tu , so kami bayar dan jalan jalan dulu, beli baju anak di Parkson dan turun semula untuk collect jam.
Norzi dan hubby buat pemilihan, Akhirnya kami memilih jam ini. Lepas beli boleh la pilih kotak jam kegemaran kat belakang tu. Macam Norzi bagitau, Jam kali ini special sebab ada engrave kat belakang jam. Beli khas untuk memahat nama nama insan tersayang, alhamdulillah rezeki dari NYA ... Norzi letak nama kami sekeluarga , memang memori indah rasa nak pakai jam ni selalu sebab terpahat nama anak anak dan suami kat belakang jam .
Si kecil , Khalisah awal awal lagi dah pergi pilih kotak jam kegemaran. Dia nak kotak tu! dia nak letak jam tangan dia kat dalam tu.. ish ish budak kecit ni ... macam macam..
Sila lah isi borang.... its mine .. suka sangat jam nih
Jam hubby, dia pun suka gak jam ni.. kotak kotak semua anak yang pilih.. bukan main suka sangat diorang memilih kotak.
Sampai terduduk khalisah dan Razin... tak tau la apa yang diorang bualkan tu hehe mama dah seronok layan tgk purse .. beg dan jam. Sebelum tu budak budak seronok sangat memilih kotak jam tu yang sampai terduduk tu kepenatan dah menunggu mama. Memang best shopping kali ni sebab bawa semua anak anak . Selain tu kali ni beli dah nak dekat raya , jadi ni merangkap jam raya la pulak... sekarang ni bukan senang nak dapat keluar sekeluarga mcm ni sebab memang kena tunggu hujung minggu sejak anak Norzi bersekolah asrama , jadi hujung minggu banyak melawat anak , outing makan makan atau pun kalau pulang bermalam sibuk pula nak hantar anak ke asrama semula pada hari Ahadnya. Begitula jadual kehidupan yang mula bertukar sebab itu lah bila dapat keluar mcm ni seronok semuanya..Alhamdulillah.
kat mana butik fossil ada - di IOI city mall , KLCC jam tangan terbaru fossil
hai . apa nama kedai untuk engrave nama kt belakang jam tu ya?
ReplyDeletehai . apa nama kedai untuk engrave nama kt belakang jam tu ya?
ReplyDeleteHi , apa nama kedai yang kita boleh engrave nama kt belakang jam tu ya?
ReplyDelete