Pernah alami masalah hendak nyah bau hancing kencing pada tilam dan bantal? Tentu tak selesa nak menggunakan bantal tilam yang berbau kan. Silap hari bulan boleh buang terus... lupakan je la... tapi jika ada pilihan untuk membersihkan , tak salah untuk kita cuba demi penjimatan. Jom baca tips dan tricks / petua untuk membersihkan dan menyah bau pada tilam dan bantal.
----------------------------------------------------
Ramai yang mungkin diantara kita geli atau malas nak basuh kesan kotor atas tilam yang sekian lama digunakan walaupun kondisinya masih baik. Apatah lagi apabila tilam itu dicorakkan dengan geografi peta dunia berabad-abad lamanya.
Bantal yang bersih dan terhindar dari air kencing hancing dan peta peta |
Umumnya harga sebuah tilam bukan murah. Boleh mencecah ribuan ringgit, dan kerana itulah jangka masa sebuah tilam itu lama. Takkanlah hanya sebab kesan air liur basi, kita sanggup nak buang tilam yang mahal kan?
Tilam yang bersih dan tiada bau hancing menjamin keselesaan |
Bukan hanya faktor peta dunia menyebabkan terukirnya geografi semulajadi diatas tilam namun ia juga mungkin disebabkan oleh peluh badan ketika tidur atau kesan tumpahan air daripada sesi 'breakfast in the bed'.
Tanpa perlu membazir dan mengeluarkan ribuan ringgit lagi untuk meggantikan tilam tersebut, kami berikan anda langkah-langkah terbaik dan higenik untuk menyingkirkan bakteria serta kesan peta itu dengan petua mudah ini.
Bahan-bahan bancuhan:
Bahan Bahan untuk membersihkan tilam dan juga bantal |
1 Cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi seperti Watson, Guardian etc.
3 Sudu besar Baking Soda
1 Sudu kecil cecair cuci pinggan
5 Titis pewangi/essential oil
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan kedalam bekas dan kacau sebati. Kacau perlahan-lahan, setelah selesai masukkan bancuhan kedalam bekas semburan.
2. Semburkan bancuhan tersebut pada peta atas tilam. Biarkan 5 hingga 10 minit. Anda akan dapat lihat kesan peta itu hilang dalam jangka masa tersebut.
3. Kalau ada kesan peta yang susah hilang, sembur sekali lagi dan biarkan kering.
4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus.
5. Jika kesan baking soda mengering, gunakan vacuum selepas permukaan tilam kering sepenuhnya.
Tilam selepas di cuci dan sebelum di cuci , Memang nampak perbezaannya. |
Alhamdulillah terima kasih kepada yang telah sharekan tips tricks petua ni . Sangat membantu ibu ibu, terutamanya norzi sendiri kerana memang ada niat nak basuh tapi tak tau caranya . Kalau bantal Norzi selalu letak di luar , kena cahaya matahari untuk hilangkan bau dan harapan bakteria tiada kena sinaran mentari yang terik.
Kepada yang share info ni, Norzi dah sampaikan / panjang panjangkan di sini. Norzi dapat dalam group tele , jadi semoga yang berkongsi dapat manfaat dan kebaikan berterusan .
Norzi akan cuba hujung minggu ni :) . Nanti kalau sesiapa dah cuba bolehla update di sini keberkesanan nya ya! :)
Semoga bermanfaat. Salam ceria .
No comments:
Post a Comment