Assalamualaikum, Norzi masak sup tulang campur daging lembu sedikit. Awal-awal pagi Norzi dah masak. Masak sup ni... istimewanya masak masakan sup ni, boleh dipanas-panaskan.. makan nasi dengan lauk panas dari kuali / periuk kan memang sedap sangat... jadi sangat memudahkan.. Masak pagi sampai malam boleh ulang makan :) sebab masak dalam kuantiti yang banyak... Selain itu, menu sup pun tak menjemukan... Biasanya kalau sup macam ni Norzi lawankan dengan telur dadar dan ikan masin. Sangat-sangat diminati oleh kami sekeluarga.
Sup tulang dan daging dengan kentang
Ok, menu ni terlajak lambat entri ni. Norzi masak hujung minggu lalu. Ok jom semak resepi..
Bahan-bahan
1 kg tulang lembu
200 gram daging potong kecil untuk campur dengan tulang
3 biji buah pelaga
Cara-cara :
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang (sebiji di belah 6)
1 kiub ikan bilis
Air untuk sup
Sedikit minyak untuk menumis bahan kisar
Sedikit daun sup
Sedikit daun sup
Garam mengikut citarasa
Bahan kisar halus
3 inch inci halia
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
3 inch inci halia
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
2 biji buah keras
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar lada hitam
3/4 sudu besar jintan halus
3/4 sudu besar jintan kasar
3/4 sudu besar jintan kasar
Cara-cara :
1. Basuh bersih tulang dan daging kemudian toskan.
2.Panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak sudah cukup panas, masukkan pelaga, kayu manis , bunga lawang dan bahan kisar halus. Kacau seketika, masakkan hingga mendidih. Masukkan tulang dan daging, kacau rata dan masukkan air mencukupi / sehingga semua bahan tenggelam.
3. Renehkan sehingga lembut dan jangan lupa untuk menambah air sekiranya kekurangan. Selepas daging benar-benar lembut, boleh masukkan kentang, kiub ikan bilis, daun sup dan seterusnya garam ikut citarasa.
Selamat mencuba.
~Norzi
No comments:
Post a Comment