Buah-buah adalah baik untuk kesihatan dan merupakan makanan pilihan dalam makanan seharian Norzi . kalau dahulu , untuk membeli buah-buahan sesuatu yang agak luar biasa, jarang-jarang beli.. tetapi kebelakangan ini setiap hari ada sahaja rasa nak beli buah.. sebab mudahnya dapatkan buah-buahan yang boleh di beli di pasaraya berdekatan dengan rumah Norzi. Biasanya epal merah, epal hijau, anggur , pisang , oren adalah buah-buahan yang mudah didapati . Sementara buah duku langsat pula , ianya bermusim. Tidak sepanjang waktu boleh diperolehi. Jika tiba musim duku langsat, macam cendawan tumbuh peniaga buah-buahan menjual buah... kalau dah banyak,,, makin lama buah pun semakin murah .. ada yang 3 kilo RM5 ...memang murah ..pasaraya, kedai, pasar malam dan tepi jalan semua menjual buah yang sama.
Kami sekeluarga sukakan tekstur dan rasa buat ini lebih-lebih lagi sekiranya isinya baik,cantik dan cukup masak, danmanis. Walau bagaimanapun, jika tidak tahan dengan getah buah ini (jika belum cukup masak) , ianya boleh menyebabkan sakit perut atau perut memulas. Jadi hati-hatilah.. kalau makan dan memulas di rumah sendiri memang tiada masalah , yang masalahnya bila berada di luar dari rumah.
Norzi tidak diketahui dengan tepat khasiat dan kebaikan buah duku langsat . Tetapi berdasarkan pencarian, beberapa fakta saintifik dikongsikan di sini dari sumber laman sesawang lain yang diperolehi. Oleh kerana sumber ini dalam bahasa Indonesia, Norzi alihkan beberapa perkataan ke bahasa malaysia contohnya daging buah-=isi buah.
Buah duku yang memiliki nama kimia Lansium Domesticum Corr berasal dari tanaman berkayu yang hidup menahun. Buah duku dapat tubuh subur di daerah beriklim lembap dengan curah hujan tinggi. Buah duku mentah berwarna hijau, bergetah dan citarasanya sangat asam. Seiring masaknya buah, kulit akan berubah kekuningan dan isi buah akan berasa manis. Buah ini sedap di makan segar, kulit buahnya dapat digunakan untuk menghalau nyamuk dengan cara membakar kulit tersebut. Selain itu, kulit juga dapat digunakan untuk mengubati diare, batangnya dan bijinya digunakan untuk ubat malaria. Perasan biji duku memiliki khasiat ubat, terutama bagi masyarakat Malaysia biasa memanfaatkan untuk ubat sakit kepala. Batang kayunya sangat kuat dan digunakan sebagai bahan membuat kotak atau perabot. Sedangkan pohon duku yang berdaun rindang ini juga berfungsi untuk melindungi tanah tererosi air hujan serta menghasilkan humus.
Kandungan kimia yang terdapat pada buah duku
Setiap 100 gram buah duku mengandung kalori 7o kal, protein 1.0 gram, lemak 0,2 gram, karbohidrat 13 gram, mineral 0,7 gram, kalsium 18 mg, fosfor 9 mg dan zat besi 0,9 mg. Untuk kandungan kalori, mineral dan zat besi duku setingkat lebih tinggi dibandingkan dengan buah epal atau jeruk manis.
Manfaat buah duku
Mengandung dietary fiber atau serat yang bermanfaat untuk melancarkan sistem pencernaan, mencegah kanser kolon dan membersihkan tubuh dari radikal bebas penyebab kanser.
Selain isi buah yang segar menyihatkan, bahagian kulit buah dan bijinya juga bermanfaat sebagai anti diare dan menurunkan demam.
No comments:
Post a Comment