Assalamualaikum... bersiaran sekejap..sementara ada sedikit masa ni mencelah sini .. nak update skit , hujung minggu lepas pada hari sabtu, Norzi sekeluarga bawa mak dan abah makan di Restoran Saba' , terletak di Cyberjaya. Sebelum sambung cerita lagi, kepada yang nak datang ke restoran ini, anda boleh terus walk in atau boleh juga jika nak buat reservation ... untuk sampai ke sini, ,anda boleh gunakan address ni dear.
SABA' RESTAURANT
4800 Suite 02 Ground Floor
CDB Perdana Cyberjaya
TEL : 03-83202544
Restoran Saba' ni dekat je dengan rumah Norzi dalam 8 minutes drive je..Jadi senang la singgah menyinggah sini.. Resepi Saba' semuanya sedap dan menepati citarasa dan selera kami seisi keluarga.. resepi makanan Arab sedap.... jadi sesuai la kalau nak buat open house-boleh order,,, atau kalau nak ajak keluarga atau bawa kawan2 atau kenalan ,boleh la datang makan ke sini. Tempat selesa , ada dua pilihan, air-condition atau open air area merangkap smoking area...
Sedikit tips untuk anda yang nak ke sini...kalau nak makan kat sini, tempatnya memang selalu crowded. Orang yang datang makan sentiasa ramai... kalau tengahari sentiasa penuh so kalau duduk kat luar mmg panas sikit. Norzi suka duduk dalam sebab sejukkks. hehe biasala orang ada anak kecil memang suka yang berhawa dingin sebab nak bagi budak kecik tu semua tenang. Kalau panas, berpeluh, mula la meragam, menangis, dan akhir sekali ada la yang tak puas nak makan sebab tak fokus ...hihi.. ok jom layan gambar lagi.. .owh ya, Ramai juga ala-ala orang Arab di sini sebab utama mungkin dekat dengan Multimedia University dan Lim Kok Wing Universiti, ramaila International students ataupun kami andaikan mereka ni expatriate yang datang ke Malaysia :).
Sebelum mula membuat pesanan, tengok la sekali lalu apa nak oder...
Lamb Kabhsah
Ni pulak most favourite menu.. Nama menu ini ialah Nasi Lamb Kabhsah atau Kabhsah daging kambing. Ada juga menu ayam atau daging. semuanya sedap dan mesti di cuba. Setiap kali datang kami mesti order Nasi Lamb Kabhsah . Ianya menu favourite kami yang di datangkan dalam 2 saiz iaitu saiz regular atau saiz Large.. Norzi , hubby n anak2 suka sangat dengan nasi ni. Abah dan mak Norzi tak berapa berani makan daging kambing atas faktor kesihatan. Tapi kadang2 makan juga sebab sedap kan ...hehe tapi beringat-ingatla..
Lamb Aoukdh
Ini pun menu favorite tak terhingga. Namanya lamb aoukdah . Sangat2 sedap dan dulu (beberapa bulan dahulu) menu ni didatangkan dengan roti besar macam dalam gambar tu. Tapi sekarang ni dia bagi roti pita tu aje. Gambar ni Norzi ambil dari sessi lain , tapi order menu yang sama. So kalau anda pergi, roti macam dalam gambar tu dah tak ada ya, digantikan dengan roti pita yang diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang datang, setiap hari. Dekat saba' juga , kalau sesiapa nak ambil curry dal sayuran macam kat bawah ni, ianya percuma , jadi kalau ambil roti dengan kari ni memang ngam la.. dua-dua percuma..patutla sebelum ni Norzi pernah tengok masa bulan puasa ramai sangat beratur ambil kuah , bila Norzi tanya , barula diberitahu ianya percuma. Baguskan, bersedekah..
Kuah dal sayuran percuma
Custard
Yang kat atas ni adalah custard. Anak-anak suka sangat .Bila datang sini mesti nak kena order ni dengan cream caramel . J om tengok apa yang kami order..dan harga pun ada sekali supaya senang la anda tengok dan boleh merancang nak order apa nanti atau nak buat budget before datang. :) ... semua yang kami makan ni seriously highly recommended ..sedap sedap , yummylicious..harapnya citarasa sama lah ya :)
Chicken shawerma RM5.00
Lamb Kabhsah (Large) RM25.00 x 2 unit
Lamb Aoukdh RM15.00
Chicken Aoukdh RM13.00
Custard RM5.00
Cream Caremel RM3.00
Lemon Juice x 2 unit RM5.00 x 2 unit
Teh Hot RM3.00
Orange Juice RM7.00
dengan tambahan satu regular lamb kabhsah untuk kakak, total yang perlu di bayar adalah RM155.45 termasuk 6% cukai kerajaan dan servis charge 10%. Macamtu lah kiraannya... sampai jumpa lagi <3
No comments:
Post a Comment