Followers

CLICK! CLICK! FOR MORE INFO

Google+ Followers

RELATED POST

Wednesday, January 16, 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN : IKAN BAKAR SPORTS ARENA CYBERJAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak tulis sikit pasal makan tengahari tadi..makan mana ? Norzi makan di Sports Arena Cyberjaya  . Tempat ni memang selalu ramai dengan orang ... di sini ada bermacam - macam makanan dari ikan bakar, nasi campur, Nasi Ayam Penyet, Nasi Ayam Dara, ayam panggang, char kuew teow , laksa penang, mee bandung  dan macam-macam menu lagi.. tergoda tak ? hehehe  .. kalau nak makan sini kena awal sikit... kalau lambat penuh dengan orang yang ramai...sesak. Kalau yang dah biasa di area Cyberjaya, sekarang terlalu banyak tempat makan contohnya di CYBER NEO, SHAFTSBURRY SQUARE banyak sangat tempat makan . Norzi pernah menulis di dalam satu entry berkenaan  Restoran Saba' di  Cyberjaya. 

Berbalik pasal Sports Arena, malam tak buka ya.. so ,jangan cuba pergi pulak :).  Nak tengok Norzi makan apa? Jom tengok gambar.. Norzi makan nasi, telur dadar goreng dan juga ikan bakar. Tambah sikit kuah lala sangat sedap. harga sekitar RM6 untuk meal ni. 








Tengahari kena masakan nasi campur, ikan bakar ngan air asam memang marvellous sangat. Tangan tu kalau tak basuh ngan sabun dan sental lama sikit, confirm bau belacan sampai malam hihi. Tapi yang penting makan sedap kan :) / So kepada yang dah dekat ngan Cyberjaya , boleh la datang sini jalan-jalan sambil-sambil tu dapat makan. Parking lot banyak kat sini tak congest. Tempat ni betul--betul bersebelahan dengan padang futsal. ok sampai sini dulu, jumpa lagi di lain coretan :) . 

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Semua penulisan di dalam blog ini adalah milik penulisan peribadi Norzi, yang ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Sebarang penggunaan gambar, penulisan semula tidak dibenarkan kecuali telah mendapat izin dari pemilik blog. Penulis tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung ke atas semua maklumat di dalam blog ini.
Semua yang tertulis adalah pendapat penulis sahaja dan ianya tidak semestinya kekal.