Dalam kesibukan seharian, kadangkala kita perlukan sesuatu yang cepat , ringkas dan mudah. Ada masa-masanya kita hanya boleh sediakan telur goreng sahaja sebab faktor masa. Ni Norzi masak goreng telur , letak kicap dan letakkan hirisan bawang dan juga hirisan cili. Telur tu kalau lagi garing lagi best. Kalau makan dengan nasi panas memang best sangat, gigit sikit cili rangup-rangup, walla.
telur goreng dengan kicap + hirisan bawang besar + hirisan cili |
Sibuk je letak goreng telur. Apala sangat goreng telur kan.. tapi sebab entri-entri masakan lain sangat memerlukan masa, jadi Norzi skip kejap.. letak yang mudah - mudah.. asalkan dapat share story. Entry -entry ni , bila dah dua tiga bulan lepas publish, sangat seronok untuk di baca semula .. kenangan untuk diri sendiri.
Telur goreng masak kicap |
Biasanya kalau masak style ini, Norzi akan goreng sikit hirisan bawang besar dan juga cili hiris.
Telur goreng |
Masak telur goreng ni memang super simple dan sangat mudah. Sangat membantu ketika terdesak contohnya kalau masa bulan puasa, ala-ala terlajak dan tak sempat dah nak masak , resepi ni paling membantu, cukup syarat sebab ada bawang besar dan cili. Ok, coretan kena serba ringkas, waiting list untuk tugasan sangat panjang hari ini.
Assalamualaikum,
Salam ceria.
Norzi~
No comments:
Post a Comment