Followers

Sponsored Advertisement

.

PENDIDIKAN SENI VISUAL TOPENG HAIWAN : RAMA-RAMA

Assalamualaikum, mood update hasil kerja seni anak... alhamdulillah hasil kerja banyak, semangat update tinggi dan sentiasa mencari ruang untuk update. 

Tujuan buat topeng ini kerana ini adalah salah satu matapelajaran tahun 2 iaitu Dunia Seni Visual KSSR Tahun 2: menghasilkan topeng haiwan . Tema haiwan kali ini yang jinak iaitu rama-rama. Macamana nak buat topeng haiwan ni? Senang aje... ada 3 aktiviti  sahaja..melukis, menggunting dan mewarna. Dahulu Norzi pernah ajar Fatimah untuk buat topeng muka lembu di sini. Kali ini Razin perlu buat topeng haiwan juga, tapi rama - rama. Budak lelaki tak suka entiti yang melambangkan lembut , jadi dia asik bercakap nakkan topeng rama-rama tapi nampak ganas dan macam ala-ala transformers. Cemana tu.. pening juga dengar request yang dia reka ni..

Lepas ni mungkin akan ada lagi untuk topeng tema  haiwan jinak lain macam arnab , atau topeng muka haiwan liar seperti harimau, singa, beruang dan macam-macam lagi dan semestinya fun sangat menghasilkan kerja seni ni.. kami suka..

Jom layan langkah-langkah atau tutorial ringkas untuk buat topeng kertas ni. Diulangi aktiviti yang dilakukan adalah 3 aktiviti utama : melukis, menggunting, mewarna.





Langkah pertama , lukiskan bentuk , Oleh kerana rama-rama berbentuk symmetrical , jadi lipatkan dua kertas , dan lukis di sebelah bahagian sahaja. Kemudian teruskan menggunting hingga selesai. Norzi ajar dan dedahkan cara ni pada Razin. Kita mula gunting sedikit dan minta dia teruskan menggunting sendiri. Kalau ada sedikit ketidaksempurnaan , perlu di maafkan kerana mereka masih kecil dan mereka tidak nampak apa yang kita nampak . Di sinilah proses pembelajaran bermula. 


macam mana nak buat topeng haiwan
Siap gunting!


topeng haiwan sekolah tahun 2 kssr
Topeng yang telah siap di gunting. Terus bentukkan mata dan kemasan lain
Norzi selalu pesan dengan anak-anak , melukis hanya perlu ambil beberapa minit sahaja, dan mewarna mengambil lebih banyak masa dan usaha yang lebih diperlukan untuk menyelesaikan satu-satu kerja seni sekolah. Jadi jangan ambil terlalu banyak masa untuk melukis, cukup sekadar lukisan ringkas dan halus (skecth).

Topeng rama -rama yang garang dah siap . Razin suka sangat dengan hasil kerjanya. Alhamdulillah

Semoga bermanfaat
Norzi~
topeng muka haiwan lukisan topeng muka haiwanCara Membuat Topeng Kertas Sendiri tutorial lukis dan buat sendiri topeng kertas untuk budak sekolah rendah pendidikan seni visual Cara buat topeng binatang ala muka transformer topeng muka haiwan, topeng muka arnab,topeng muka harimau, topeng muka semut, 

ANDA YANG MANA SATU?

Zaman belajar .. dalam kelas mesti ada yang kaki -kaki macam kat bawah ni kan.. so cutee...


Kaki control 
Kaki conteng
Kaki dating
Kaki ngadu
Kaki tiru 
Kaki sukan
Kaki berangan
kaki gossip
Kaki marah 
Kaki bodek
Kaki tidur
Kaki nanges
Kaki lepak
kaki belajar
Kaki buli 
Blurr

Anda yang mana satu? :)



Salam hari Isnin. 
Norzi~

PENJODOH BILANGAN : ANGKATAN


Penjodoh bilangan sangat penting untuk difahami. Pelajar UPSR, PT3 perlu lebih proaktif dan belajar dengan memahami penggunaan penjodoh bilangan. Semoga ini membantu anda.


Penjodoh bilangan Bahasa Melayu : Angkatan
Bagi penjodoh bilangan 'Angkatan' digunakan untuk kumpulan atau kelompok benda dan manusia

Contoh : Tentera , usahawan , sasterawan , belia , penulis


Seangkatan anggota tentera sumber gambar


Contoh Ayat untuk penjodoh bilangan angkatan :
Seangkatan anggota polis diarahkan untuk terus ke lokasi kecurian untuk membuat siasatan lanjut. 



TELUR GORENG KICAP PALING CEPAT DAN MUDAH

Dalam kesibukan seharian, kadangkala kita perlukan sesuatu yang cepat , ringkas dan mudah. Ada masa-masanya kita hanya boleh sediakan telur goreng sahaja sebab faktor masa. Ni Norzi masak goreng telur , letak kicap dan letakkan hirisan bawang dan juga hirisan cili. Telur tu kalau lagi garing lagi best. Kalau makan dengan nasi panas memang best sangat, gigit sikit cili rangup-rangup, walla.

masakan paling cepat dan ringkas
telur goreng dengan kicap + hirisan bawang besar + hirisan cili
Sibuk je letak goreng telur. Apala sangat goreng telur kan.. tapi sebab entri-entri masakan lain sangat memerlukan masa, jadi Norzi skip kejap..  letak yang mudah - mudah.. asalkan dapat share story. Entry -entry ni , bila dah dua tiga bulan lepas publish, sangat seronok untuk di baca semula .. kenangan untuk diri sendiri.




telur goreng kicap yang sedap
Telur goreng masak kicap

Biasanya kalau masak style ini, Norzi akan goreng sikit hirisan bawang besar dan juga cili hiris. 


masakan paling simple telur goreng kicap
Telur goreng


Masak telur goreng ni memang super simple dan sangat mudah. Sangat membantu ketika terdesak contohnya kalau masa bulan puasa, ala-ala terlajak dan tak sempat dah nak masak , resepi ni paling membantu, cukup syarat sebab ada bawang besar dan cili. Ok, coretan kena serba ringkas, waiting list untuk tugasan sangat panjang hari ini.


Assalamualaikum,
Salam ceria.
Norzi~






JANGAN BERPUTUS ASA


Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan 
pertolongan Allah . ( Surah Yusuf 12: 87)







Norzi~





“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...