Followers

Sponsored Advertisement

.

TEKNIK MASAK PASTA


Assalamualaikum. Korang selalu masak pasta ?. Masak pasta ni mudah sangat, tapi proses nak merebus tu yang makan masa. Lagi satu , pasta ni sedap la pada tekak Norzi. Cuma masakan mek saleh ni tak berapa pedas, si kita tambahkanlah segala cili agar pedas sikit.. 

Kalau nak tau ...pasta sebenarnya diperbuat daripada tepung semolina iaitu sejenis tepung gandum daripada spesies durum.Tepung ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan berwarna kuning. Adunan untuk membuat pasta adalah tepung, telur, minyak dan air.Terdapat dua jenis pasta iaitu yang segar dan kering. Pasta segar adalah basah dan tidak tahan lama dan perlu digunakan segera.Pasta kering pula boleh tahan lebih daripada dua tahun jika disimpan di tempat kering.




Terdapat pelbagai resipi makanan berasaskan pasta boleh disajikan namun resipi daripada Itali merupakan resipi yang paling popular.


Vegeroni Bolognese


Terdapat pelbagai jenis dan nama pasta seperti spageti (seperti mi); lasagne (nipis empat segi); fettuccine (tiub dan silinder); fusilli (berpintal) dan bermacam-macam lagi. Di bawah ni adalah antara yang pernah Norzi masak.


masak pasta mudah dan pantas

macamana nak masak pasta
Makaroni masak sendiri . Cheese pakai apa yang ada je.


Ni pula contoh spaghetti goreng yang telah diolah. Kami order ni di kedai Arab.

 

Spaghetti goreng

Kebiasaannya pasta dimakan bersama sos. Walaupun hidangan pasta seakan mudah disediakan namun ada beberapa teknik dan cara memasak pasta.


Air untuk merebus

Air perlulah banyak dan jika pasta yang direbus adalah 500 gram gunakan satu liter air untuk merebus. Gunakan periuk yang dalam dan besar agar dapat memberi ruang kepada pasta semasa merebus dan air yang banyak pula dapat mengelakkan pasta daripada melekat.

Letak garam dalam air rebusan untuk memberikan rasa masin pada pasta dan pasta akan berasa lebih enak dimakan bersama sos.

Sebelum merebus pasta pastikan airnya mendidih kerana pasta yang dimasukkan ketika air mendidih akan menurunkan suhu air rebusan. Jadi untuk mengelakkan proses merebus terhenti terlalu lama air perlu dididihkan dahulu.

Semasa merebus pasta biarkan pasta lembut seketika dan barulah dikacau untuk meleraikan pasta yang melekat dan supaya pasta masak sekata.

Jangan terlalu kerap dan kuat mengacau kerana pasta akan patah dan putus. Untuk mengelakkan pasta daripada melekat, letakkan sedikit minyak zaitun atau jagung semasa merebus terutamanya pasta seperti spageti dan fetucine.


Selepas menapis pasta gaulkan dengan sedikit minyak supaya pasta tidak mudah kering dan melekat.Jangan campurkan pasta yang berbeza saiz semasa merebus kerana tahap kemasakannya tidak sama.

Pasta yang direbus perlu dimasak sehingga mencapai tahap kemasakan al dente iaitu teksturnya masih kenyal apabila digigit.



Jika ia direbus terlalu lama pasta anda akan menjadi lembik. Simpan air rebusan untuk memanaskan pasta yang telah direbus sebelum anda curahkan dengan sos pasta yang panas.

Ini pasti lebih menyelerakan kerana dimakan ketika panas. Taburkan atas pasta anda dengan keju parmesan bagi menyemarakkan lagi selera anda.


sumber

SUKAN SEKOLAH 2016

Alhamdulillah, tahun 2016 di lengkapkan dengan sambutan hari sukan sekolah Taman Putra Perdana , Puchong tempat anak Norzi bersekolah. Sambutan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13, 2016  ini telah hari Sabtu, 27 Februari 2016 di padang sekolah SK Taman Putra Perdana.  Alhamdulillah , dengan izinNYA, cuaca sangat cantik, panas tetapi sedikit terik. Tahun ini hanya Razin sahaja di sekolah kerana kakak Fatimah telah bersekolah menengah. 


pemandangan indah hari sukan

Pemandangan indah padang sekolah dengan hiasan rumah biru, jingga , kuning , merah dan hijau

Sebanyak empat jenis acara trek peringkat akhir telah dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan perempuan bagi murid tahap 2, murid tahap 1, murid PPKI dan murid Prasekolah. Razin menyertai larian 4x50 m dan juga 100m. Razin wakil rumah kuning. Jumlah rumah sukan adalah:




BIRU      (Hang Tuah)
HIJAU    (Hang Jebat)
MERAH (Hang Kasturi)
JINGGA (Hang Lekir)
KUNING (Hang Lekiu)








Razin wakil rumah kuning. Ha , tengok best tak rumah kuning punya decoration. Bersemangat anak-anak yang akan masuk pertandingan berlindung dari sinaran matahari.



Hiasan Rumah sukan  SekolahTaman Putra Perdana
tema sukan 2016 taman putra perdana
Anak - anak berteduh di dalam rumah sukan yang telah di hias. 


Seperti tahun - tahun sebelum ini , Razin akan menjadi wakil rumah kuning. Dalam rumah kuning lari dapat la no 1-2-3 , bila wakil rumah, berlawan dengan wakil rumah - rumah lain, saingan makin sengit dan tak la dapat no 1-2-3 tu. hehe . Tak mengapa , walau apa pun Norzi dan suami sentiasa memberikan Razin sokongan moral untuk sentiasa bergiat aktif di sekolah. 





tema sukan 2016 taman putra perdana











Keputusan rasmi kejohanan.

Berikut merupakan keputusan rasmi bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Taman Putra Perdana 2016 kali Ke-13 .


Rumah Sukan

Kedudukan

JINGGA 1
MERAH 2
HIJAU 3
BIRU 4
KUNING 5


Berikut merupakan keputusan rasmi bagi PERBARISAN TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH 1
JINGGA 2
BIRU 3
KUNING 4
HIJAU 5


Berikut merupakan keputusan rasmi bagi HIASAN KHEMAH TERBAIK.

Rumah Sukan
Kedudukan
MERAH 1
JINGGA 2
KUNING 3
HIJAU 4
BIRU 5


Tahniah untuk semua guru-guru dan anak-anak di Sekolah Taman Putra Perdana yang menyumbang banyak idea, tenaga dan komitmen dalam menjayakan sukan sekolah. 

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...