Followers

Sponsored Advertisement

.

JALAN-JALAN CARI MAKAN : SARAPAN MEE GORENG BASAH KERANG YANG SEDAP

Assalamualaikum..salam sejahtera..hari Sabtu sudah... hari ni , entri ini adalah entri yang fresh from oven.. ya sangat2 segera Norzi update. Pagi tadi tak masak (hehe dah beberapa hari tak masak ni, siap terserempak ngam customer kat kedai Norzi tapau nasi ngan sup semalam.. Hajar oh hajar..tak sangka itu  awak semalam :). Ok berbalik pada sarapan Norzi pagi tadi... kami ke Serdang untuk sarapan. Jauh juga la dari Puchong tapi sebab dah terbayangkan mee goreng basah nya yang yummylicious tu, so kami semua makan la kat sana..

Dah lama tak ke sana, ada la dalam setahun. Lepas kes banjir kilat kat Serdang beberapa bulan lalu,ikutkan hati malas la nak pergi terbayang mcam2 la condition tempat ok ke tak lagi sebab takut tak selera je... tapi pergi juga tengok keadaan dulu. Alhamdulillah ok, mmg  ada improvement. Norzi perhatikan kedai makin bersih  la. Dah ada  naik tiles dah kat dinding2.. okla ... orang punya la ramai wlaupun sampai dah lewat.. lebih kurang jam 10 pagi. Pernah tak sarapan kat kedai USOP , kat tepi Tasik Serdang? Kalau orang sekitar Serdang tentu tahu kan. Speciality nya mee bandung, meegoreng , kuey teow goreng kerang, ada juga Bakso, roti canai , nasi lemak... semua nya sedap ... anak Norzi yang sulong tu order sama cam mamanya cuma spec taknak sayur.. en hubby mee bandung dan anak lelaki n baby makan roti telur... tapi gambar semua tak sempatla nak ambil sebab sempat ambik gambar mee aje..
Jangan terkejut pulak tengok kedai ni kosong hehehe masa datang memang la ramai... ni gambar lepas sejam datang... hehe masa Norzi nak balik :) . View ni saja yang sempat ambil sebab kami balik meklalui jalan ini..hehehehe


Satu baris dengan kedai ni ada kedai nasi campur juga yang beroperasi pada tengahari,.. kedai Usop ni pulak buka dari pagi hingga tengahari aje. pukul 12 dah berhenti operasi....malam ada juga tapi orang lain rasanya,... sori malam tak dapat nak ulas lanjut sebab tak pernah datang makan waktu malam di sini....

Perjalanan makan sarapan hari ni mengambil masa lebih kurang 30 minit. Nak tengok apa yang Norzi order? hehe Norzi order mee goreng basah kerang yang memenuhi selera anak tekak ni... buat nya simple aje..nampak bawang, mee, telur, sawi dan kerang..... tapi sebab nak makan di kedai ni juga...jadi kalau ada bahan pun tetap nak makan di sini ... hihi..


Hanya gambar mee ni aje yang sempat di ambil gambar... yang lain2 semua dah makan pada kadar 100km/j hehehe maklumla sarapan jam 10 pagi semua agak kelaparan la kan... dan tak layan dah mama cakap apa semua FOKUS pada makanan masing2 heheheh... ok, review sikit pasal mee goreng ni, biasa2 aje tapi sedap .. ha.. macamana tu nak explain pun tak pandai.. tapi pada yang nak makan, mmg recommended. Harga dalam RM4 macam tu untuk sepinggan. Bertentangan dengan kedai ni ada Tasek Serdang. Memang cantik sikit dah permandangan di sini berbanding setahun dulu.. kalau nak morning or evening walk pun ok ikut walk way nya... pemandangan pun ok juga.. sejuk je mata memandang tengok rumput dan dedaun warna hijau...




Lepas makan, semua bertenaga la kan.. bateri dah fully charged.. apa lagi susah la nak kawal. melompat , berlari dan segalanya.. berseronok la semua.. tengok tu anak Norzi yang ke 2.. seronoknya diorang sebab kat bahagian depan ada taman mainan kanak2. Layan la sekejap diorang main buaian .. jongkang - jongkit... lari2..  seronoknya hati tengok keletah anak2 ni.alhamdulillah...


Sempat lagi tu main jongkang -jongkit sorang2. kakak dan adik main buaian.. tu la sebabnya budak2 ni semua suka makan kat sini sebab nak main playground :) . Tengok keletah diorang ni ....bila depan mata, memang macam-macam kerenah. tapi bila tak ada, sunyi dan rindu terutama bila semua sibuk nak tidur rumah nenek diorang. :)


Ok setakat ini dulu. Nanti Norzi update lagi tempat char kuey teow (atau koteaw) kat Puchong . Ada beberapa tempat menarik yang mesti di share di sini. Jadi kalau ada kawan2 nak riki tempat boleh la jenguk sini. Nanti Norzi update acara masak-masak hari raya hari tu... wah lamanya terperam ... bila la sempat update ni. Ok sampai sini dulu..wassalam




3 comments:

  1. Wahhh menarik betul rupa mee goreng tu ;P
    Saya pun snggup sabar 30 minit utk makan mee ni xD

    ReplyDelete
  2. salam...datang balas kunjungan dan follow awak kembali...seronok baca entri ne...kalau pasal bab makan ..hehe
    salam kenalan dari saya..

    ReplyDelete
  3. ya, mee tu mmg menyelerakan...

    terima kasih razanah :) salam kenalan juga :)

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...