Assalamualaikum ...selamat malam, siang tadi buat apa...cuti sekolah ni macam-macam la aktiviti sempena cuti sekolah anak-anak. Seronoknya diorang tak sekolah... hihihi maknya yang lebih-lebih kan .... Ni entry 2 minggu lepas sebenarnya,, tapi banyaknya cabaran sebelum dapat publish entry ni :):) .. ahha , last 2 weeks Norzi n family ke Pusat Sains Negara, terletak di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Sebelum Norzi cerita lanjut.. just nak share maklumat penting iaitu alamat Pusat Sains Negara. Kepada anda yang nak bawa anak-anak atau sekolah-sekolah ke , harap info ini berguna, jika ingin berkunjung ke sini sempana cuti sekolah ni, boleh la merujuk ke alamat di bawah. Yang tinggal sekitar lembah klang mungkin takda masalah sebab dah biasakan... harap bermanfaaat untuk mereka yang baru nak datang terutama yang tinggal luar dari lembah kelang ya :)
Pusat Sains Negara,
Kementerian, Sains Teknologi dan Inovasi,
Pesiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara,
50662 Kuala Lumpur
03-2089 3400 (Tel) 03-2089 3401 (Fax)
Kos atau bayaran masuk ke Pusat Sains Negara seperti di bawah
Dewasa ------------------------------------------------- RM 6
Kanak-kanak 7 tahun dan ke atas----------------RM 3
Jadi total kami 5 beranak hanya RM6 + RM6 + RM3 =RM15 sahaja sebab yang lagi 2 orang tu kira bawah umur...masuk percuma.. 1 minit perjalanan di entrance utama terdapat aquarium ...banyak ikan - ikan bersaiz besar di situ... best.. macam kat aquaria..
Sebelum datang sini, Norzi dengan hubby berbelah bahagi juga samada nak pergi Zoo Negara atau Pusat Sains Negara. Walaupun kedua-dua tempat ni memang selalu perlgi , tapi nak juga pergi lagi ..dan lagi..dan lagi.. heheh Memandangkan sekarang musim tengkujuh , hujan turun pun tak tentu masa.... so kami decided untuk pergi aktiviti indoor aje lah iaitu Pusat Sains Negara. Sebabnya , kitorang taknak tergesa-gesa ...kira keputusan tu tepat la sebab tengahari tu hujan turun dengan sangat lebat...
gambar ni di ambil dari sumber , tak sempat snap sebab hujan hari tu...
Tips untuk anda datang ke sini, sila masukkan air mineral atau sewaktu dengannya ke dalam beg tangan anda siap2 hehehe... untuk di bawa masuk sebab masa pergi kali ni, guard yang jaga di entrance tu tak benarkan bawa air masuk ke dalam walaupun hanya sebotol mineral water ..uhuk uhuk..aduhai ..kalau takda air jawapnya sekejap je la dapat bertahan dalam tu sebab bila budak2 over excited, melompat , berlari dan bergembira dengan kadar paling maksimum... tentulah dahaga... bila air takda.. kenala keluar cepat sebab kat dalam tu sebab semua merengek dahaga...dahaga... kat dalam takda di jual air pun.. Oleh sebab tu kami keluar awal , lebih kurang 2 jam je kat dalam tu.... keluar je terus singgah kat cafe berdekatan ...ok jom layan gambar dulu ...:)
Meh Norzi cerita sikit pasal beberapa perkara kat dalam tu... Sebelum tu....Camera masa ni bateri habis.. yang boleh pakai camera phone aje. so ini la hasilnya. gambar kurang memuaskan tapi masih boleh digunakan :) Nampak tak ikan pari ni... ikan ni kat bahagian atas kepala di laluan kat entrance... terlalu banyak ikan yang bersaiz besar. Anak-anak semua suka kecuali si boy takut pulak. Tak tau apa mimpi dia seram pulak tengok ikan atas kepala :) mungkin sebab semua saiz gergasi kot heheh .. hahah tengok kepala siapa dalam baju papa dia... jangan gelak tengok aksi boboy Norzi ni .Hihi
Berdasarkan pemerhatian macam masuk makmal sains...semua teori ditunjukkan secara eksperimental contohnya penghasilan tenaga, kuasa angin, pantulan cermin, silau dan banyak lagi... yang paling menarik perhatian Norzi ialah boleh test untuk jadi pilot dan experience sendiri untuk belajar macamana nak bawa helicopter..konsep yang digunakan adalah konsep virtual reality, Kalau anda sedang buat tajuk kajian virtual reality untuk projek Master atau PHD, digalakkan melawat ke sini untuk mendapatkan sedikit sebanyak input... Feel tu ada bila bawa , duduk atas kerusi dan navigate. Norzi tak naik pun ,hubby naik.. hehe masa tu baru la tahu rupanya kalau pilot tu baru , bawa pun tak lancar.. terkejut terkejut je... kalau nak naik ni kena beratur..sebab ramai nak naik ..penonton pun ramai kat tepi tepi.. yang guide kat situ ada la sorang yang akan explain juga apa yang perlu anda buat.... secara ringkasnya bagus benda ni memberikan info dan pemahaman yng lebih jelas berkaitan pemanduan helicopter atau kapal terbang.
Dua beradik ni sedang asyik mengekplorasi... kakak dan baby.... seronok tengok diorang seronok.. (faham ke ayat ni hehehe).. Yang si kecil ni memang tak tinggal kan peluang...Alhamdulillah aktif...dan asal dia ada peluang untuk explore dia akan cuba semuanya...
Ada kids discovery place juga..so budak2 memang meriahla......
Tapi anak2 norzi tak masuk sini sebab tak sempat .. banyak lagi benda lain kat luar dari kawasan ni...
Ni Energy world... Dalam territory energy world , pelbagai jenis tenaga di dimaklumkan di sini. Kita ditunjukkan tentang kuasa angin... itu yang paling Norzi ingat sebab nya Norzi naik dan kayuh , persamaan kayuh tu adalah bersamaan (equivalence) dengan kuasa angin ..tengok kat bawah tu kan ada set model apartment. Kalau kita kayuh..kayuh..kayuh laju2 setiap tingkat lampu akan menyala...bergantung betapa lajunya kayuhan kita. Norzi berjaya menyalakan 3 tingkat apartment ni hehhehe...hubby naik je , kayuh kejap je terus menyala hingga tingkat 5... itula perbezaan tenaga perempuan dan lelaki.. Norzi kayuh bagai nak rak pun tingkat 3 je ...memang berpeluhla dibuatnya ..:) tengok model di bawah ni ya...
tengok la si kecik Norzi ni memang sibuk sangat.... ni dia cuba ketuk2 nak hasilkan bunyi.. dia pun apalagi memang betu;-betul ketuk la..bukan macam siaran 'Ketuk-Ketuk Ramadhan' tu eh.... memang seronok tengok dia explore banyak benda...dan ligat si kecil ni.. tak tau penat hihi
ni pulak tempat permainan kanak -kanak usia 4 tahun dan ke bawah. Banyak permainan kat dalam ni... Anak Norzi tiga2 masuk sini..kakak melayan si baby main..
Secara keseluruhannya, highly recommended to go..budak2 pun excited untuk explore..aktivit indoor yang murah tetapi menarik..kita bukan setakat pergi tapi kita belajar dan berseronok dalam satu masa dan semestinya akhir sekali di sebalik penemuan sains ini kita pasti akan mengagumi kuasa Ilahi kerana setiap detik dan setiap ciptaan NYA adalah terlalu complex tetapi teratur dan ditadbir dengan baik tanpa ada sedikit kesilapan... Akhir kata, selamat beraktiviti sepanjang cuti sekolah ini dan selamat berkunjung ke Pusat Sains Negara :) . <3
Salam ceria dari Norzi ~
lama xpergi sana..haha
ReplyDeleteyake dya , zaman kakzi sekolah dulu bukan kat sini.. tapi kat tepi jalan yang menghala ke jalan parlimen tu...
Delete