Assalamualaikum,,.... terkejutnya bila dapat tahu yang pinggan dengan cop BONE CHINA tak boleh digunakan.... ya atas faktor-faktor yang telah dihujahkan seperti di bawah , pinggan mangkuk ini perlu dihentikan penggunaannya dengan serta merta! Norzi memang menggunakan pinggan ni brand GIACOMO. In sha ALLAH esok Norzi akan cari set pinggan mangkuk lain sebab set pinggan mangkuk yang Norzi ada semua brand GIACOMO tercetak NEW BONE CHINA. Takutnya harapan Norzi biarla yang ada ni adalah palsu kerana kalau ikutkan kriteria BONE CHINA adalah ianya translucent apabila diletakkan di bawah cahaya. Tetapi Norzi punya tidak translucent dan tidak kalis cahaya langsung. Kalau di baca info dari sumber, kita boleh tahu samada BONE CHINA ni asli (authentic) atau tidak dengan membuat ujian pencahayaan ini. Alhamdulillah pinggan Norzi tu kiRa tak tembus cahaya , tapi mesti di keluarkan dari dapur Norzi kerana telah tercetak NEW BONE CHINA tu.. taknak la was2.. biarla rugi sedikit asalkan kita yakin.
Apa yang membuatkan Norzi tahu tentang BONE CHINA NI.? Beberapa hari lepas, Norzi diberitahu oleh kakak ipar berkenaan perkara ini dan bila google terjumpa perbincangan ni di Facebook dan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersidang dan bersepakat dengan maklumat seperti yang terkandung di bawah. Norzi telah mohon untuk kongsikan bersama pembaca dan harapan Norzi bila dapat menwar-warkan benda ni harapnya tidak ada lah yang akan terlepas pandang atau kepada yang tidak tahu, harap dapat memanafaatkan maklumat ini dan membuat tindakan susulan ya,..
Nampaknya lepas fatwa ini di keluarkan,ianya menjadi satu keperluan bagi pinggan mangkuk dengan mengadakan cop halal untuk memastikan ianya benar-benar halal dan tidak was-was digunakan . Sebagai pengguna kita tidak arif tentang bahan buatan sesuatu pinggang mangkuk atau perhiasan kerana ianya di luar jangkauan minda dan itu bukanlah bidang kepakaran kita. Oleh itu, sebagai pengguna, kita menuntut untuk di maklumkan akan status halal haramnya. Dengan cara ini barulah memudahkan pengguna terutamanya apabila berada di luar dari rumah kita seperti apabila berada di hotel, restoran dan kedai makan supaya mereka juga mematuhi hukum tersebut dan bebas dari menggunakan pinggan mangkuk atau perhiasan BONE CHINA INI. Walaupun keasliannya masih boleh diragui, kerana tak semua BONE CHINA itu adalah asli tetapi cetakannya sudah boleh meninggalkan kesan was-was setelah mengetahui isi kandungannya. Jom baca lanjut tengtang pinggan ni....
Sumber : Sahabat Halal Jakim (Facebook)
Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan
Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China)
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan.
Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan.
Fatwa Berkaitan Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash) -Fatwa Johor
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.
-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.
-Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.
-Manakala perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang haiwan yang halal dimakan yang telah disembelih adalah harus digunakan mengikut hukum syara'.
-Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkukk tersebut.
-Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :
Tinggalkanlah apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan.
(Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)
-Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".
والله أعلم بالصواب
No comments:
Post a Comment