Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : KEK BATIK BISKUT MARIE

Assalamualaikum , selamat tengahari , selamat menjamu selera. hehehe orang makan tengahari , Norzi dok hupdate la sekejap ni... ni dah lama dah adala dua tiga minggu punya entry . Lama sangat-sangat. Pernah dengar kek batik ? Atau ada juga yang sebut sebagai kek batik nestum ... atau kek batik nestum sarawak .. atau kek batik Sarawak? Ok kalau  tak pernah dengar juga, pernah dengar kek batik biskut marie..?  Walau apaun namanya..sebenarnya bendanya tetap sama..
. Masa Norzi kecil dulu, kek ni memang sangat-sangat popular. Kek ni dulu yang mula-mula Norzi makan bila jiran lama Norzi di Kampung Malaysia Tambahan Sungai Besi (dulu masa kecil dibesarkan di sini) bagi juadah. Ala, jiran -jiran memang selalu bertukar juadah kalau dah masak lebihkan.. Seronokkan.. semangat kejiranan yang tinggi tu. Masa makan kek tu rasa walla sedapnye kek ni... Lepas tu lama-lama dah tengok buku resepi , dan tengok TV belajar-belajar la buat .. hihi tapi bukan Norzi yang buat pun... mak Norzi buat masa dulu..


Sekarang ni, anak sulung Norzi boleh dikatakan tiap2 hari beli kek nestum biskut marie ni dari kawan sekolah dia.. kawan dia jual di dalam kelas. Anak Norzi beli dan siap tapau balik. Kadang-kadang tu dah penyek-penyek dah dalam poket baju sebab lupa nak makan. Kalau bawa balik seketul , memang la berebut-rebut dengan budak kecik dua orang lagi tu. So, dia pun minta la Norzi buat. Resepi Norzi buat ingat2 lupa , mak pun cakap verbal je so ukuran ikut cawan je.





Bahan-bahan asas untuk buat kek batik nestum biskut marie. 

Untuk menyediakan kek batik nestum biskut marie, yang paling penting ialah Nestum dan Biskut marie la sebab kek ini tidak menggunakan tepung . Inilah kek bebas tepung dan telur. Selain itu, kek ini sangat mudah dan ringkas dan masa yang di ambil untuk menghabiskan kek ini pun tidak lama, sekejap je selesai.

Bahan-bahan: 
300g Biskut Marie
dua cawan milo
setengah cawan serbuk koko
satu cawan nestum
setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
3 sudu besar  margarine

Cara-cara
1) Panaskan kuali, masukkan margerin
2) Bila margerin dah cair masukkan milo , serbuk koko, susu pekat , nestum , kacau rata hingga mendidih (api sederhana)
3) Bila dah sebati cukup masak masukkan biskut marie (belah 2) , kacau rata, padam kan api dan gaulkan bahan tadi hingga sebati.
4) Angkat ke dalam loyang. Bila dah sejuk sikit boleh rata kan.  Norzi gunakan plastik utk ratakan permukaan biskut. Tekan-tekan hingga rata dan licin.









Dah siap!







tengok la budak kecik sorang ni... kalau kita lambat, dia terus ambik sendiri.. tak sabar dah tu , janji tengok ada rupa coklat terliur dah budak-budak ni... sekali lagi Norzi tekankan, resepi kek batik nestum ni memang simple dan mudah. Sesuai di buat pada bila-bila masa, kalau nak meraikan tetamu pun sesuai dibuat dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa.







Potong kalau boleh pakai pisau  tajam sebab kalau tidak nanti tepi tak cantik , tak sharp la macam norzi ni sebab nak cepat ,, budak2 tak sabar nak makan dah ...Ok selamat mencuba dan sampai jumpa lagi di lain entry.





Salam ceria.

“Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”

 (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)

“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.

Boleh LIKE atau tinggal kan jejak jika suka :)

~Norzi








NBH0234 DALILI JUBAH
to order : whatsapp 019 3177872





Related Posts


Belajar Jana Wang Secara Online
Makan Seafood Di Bagan Lalang
















4 comments:

  1. AnonymousJuly 26, 2014

    Thanks !

    ReplyDelete
  2. sedapnyaa.. ini kek yang paling saya suka.. saya mahu cuba buat di rumah..boleh tak nestum nak ganti oat?

    Thanks,
    Resepi Zamrina

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...