Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI BERPANTANG : SUP LOBAK PUTIH

Resepi Kita,
WAJIB TAHU : RESEPI KETIKA BERPANTANG 40 HARIRESEPI KETIKA BERPANTANG 40 H

Assalamualaikum.

Alhamdulillah akhirnya terkumpul juga 40 resepi makanan ketika berpantang.Ada juga 8 resepi minuman yang sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin amalkan.Semoga memberi manfaat dan membantu ibu-ibu menjalani sesi berpantang dengan lebih berselera.Selamat mencuba! 
Resepi ini di ambil dari saudara/saudari yang berjaya mengumpul dan saya mengambil initiative utk menyampaikan segala usaha saudara saudari utk rujukan kepada lebih ramai orang yang memerlukan. semoga usaha memudahkan urusan orang lain ini mendapat nikmat rahmat dan keredhaanNYA dan ganjaran yang tak ternilai. Terima kasih kepada empunya resepi .

RESEPI BERPANTANG  : SUP LOBAK PUTIH

Sumber Gambar  Sup lobak putih sesuai untuk ibu berpantang kerana boleh membanyakkan susu badan

RESEPI KETIKA BERPANTANG 40 HARI
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa



CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.


Recommendations:

Selain lobak putih , boleh buatkan resepi daging lada hitam dan juga ayam bakar sesuai untuk ibu dalam berpantang.


Resepi Daging Black Pepper. Untuk ibu mengandung boleh elakkan penggunaan cili tetapi lebihkan lada hitam dan halia.



Ayamg panggang juga sesuai untuk ibu mengandung









No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...