Followers

Sponsored Advertisement

.

CUTI-CUTI MALAYSIA : HOTEL SEMASA BERCUTI KE LEGOLAND MALAYSIA


Percutian ke Legoland pada Januari 2014 yang lalu merupakan kenangan dan pengalaman yang menyeronokkan. Kami sekeluarga sangat teruja untuk ke Legoland. Atas faktor kesibukan yang berpanjangan kami suami isteri, maka banyak janji-janji tidak dapat ditunaikan... dan sentiasa menunda tarikh.  Elok la juga, masa pergi ni Khalisah pun dah besar sedikit. Kalau masih atas stroller , kasihan kat baby ngan mak baby sekali... :) Sehinggala pada January 2014 yang lalu ,  kami sekeluarga ke Johor untuk membawa anak-anak ke Legoland.  

Entry Legoland ini akan terbahagi kepada dua bahagian. Entry ini hanya akan cerita tentang hotel sahaja. Sementara Entry yang seterusnya adalah berkisar tentang Legoland dan keseronokan berada di dalam Legoland beserta gambar-gambar kenangan kami. Hotel yang kami duduk semasa ke Legoland bukanlah Legoland Hotel. Untuk pengetahuan umum, Hotel Legoland lebih mahal . Kalau nak bagi anak merasa tidur atas katil Lego, mainan2 sekali , tak salah duduk di sini. Cuma kawasan Legoland tu baru , jadi kalau malam kurang happening ... Oleh itu , Norzi dan keluarga memilih hotel yang biasa kami menginap sebelum ini , iaitu Hotel Mutiara. Hotel ini menjadi persinggahan Norzi sepanjang pengajian Sarjana Norzi beberapa tahun lalu. Oleh sebab berpuas hati dengan kebanyakan perkara di hotel ini, maka Norzi dengan senang hati datang lagi ke sini, Alhamdulillah.


               


Inilah Hotel Mutiara. Kalau sebelum ini  dikenali sebagai Holiday Plaza Hotel tapi telah bertukar jadi Mutiara Hotel. Ok back to cerita Norzi, oleh kerana Norzi di Puchong, Selangor. maka kami perlu datang sehari lebih awal  kerana jarak dan perjalanan yang jauh. Jika datang pada hari sama dikhuatiri anak-anak kepenatan dan tidak enjoy pula semasa di sana kerana keletihan. Jadi untuk memastikan  anak-anak tidak kepenatan, kami datang awal dan ronda-ronda JB .. dan semestinya nak cari makanan JB yang tentunya perkara yang memang Norzi tunggu-tungu. Norzi dan keluarga memang suka makanan Johor sebab suami Norzi orang Batu Pahat, makanan Johor memang menepati citarasa kami.  Kami sampai sehari awal. Malam sempat cari makanan dan makan di Singgah Selalu .. dan ronda Danga Bay.. sekarang Danga Bay dah tak macam dulu. Rasa berbeza sangat berbanding tahun 2005-2006-2007 yang lalu.  






Ok, inila rupa hotel kami. Norzi tak sempat ambil pic, ni di ambil dari website Hotel. Tapi ini la rupa dalam hotel. Suka tak? :)  Haih .. memang budak2 sangat la suka dengan hotel ni. Sebelum2 ni kalau datang ke JB memang kami akan ke Hotel ini selain pernah mencuba Pulai Spring Resort,  The Zones, dan satu lagi Hotel dekat dengan Air Port Senai, tak ingat dah sebab masa dulu datang pun anak sulung Norzi baru berusia 5 tahun.  



                    
Kat bilik dah cuba cap... tapi bila terlupa bawa masuk beg... tertinggal sudah..




Sarapan pagi di hotel adalah aktiviti yang di tunggu oleh anak-anak. Ikutkan hati Norzi makan kat luar pun ok. Tapi kami dapat 2 free dewasa. Cuma Fatimah n Razin perlu bayar. So dalam RM50 kami kena tambah. Itu ok kerana memang niat nak bagi anak-anak happy.. alhamdulillah




Makan mestila kena makan betul2.. biar kenyang sebab lepas ni nak kena guna semua tenaga yang ada untuk berjalan ke Legoland. Jarak parkir kereta ke kawasan Legoland memang terlalu jauh. DI dalam Legoland pun luas dan penuh dengan mainan. Jadi kalau makan tak mencukupi , dikhuatiri anak-anak kurang bertenaga dan akhirnya tak enjoy... Oleh itu Norzi pantau , suruh diorang makan kenyang-kenyang. 








Mencelah lagi aktiviti di hotel ni. Anak-anak nak mandi pool . Kalau pool yang besar tu alamat tenggelam terus la sebab dalam, sesuai utk orang dewasa yang pandai berenang. Yang ni pool untuk kanak-kanak- Comel je pool nya. Memang nasib baik la sebab orang lain semua tak ada, kalau ada alamat kami kena naik la sebab malas nak bersesak-sesak. Ni mandi sebelum balik ... balik hari Ahad, jadi pagi Ahad tu selepas breakfast terus tukar baju n mandi. Anak-anak ni kalau main air memang suka sangat.. 

Tip : Cari hotel yang ada pool untuk bagi peluang dekat anak-anak all out main air :)

Teruskan membaca..


Selamat merancang percutian anda dan selamat bercuti;
~ Norzi 



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...