Musim peperiksaan akhir tahun telah berakhir minggu lalu... Minggu ini adalah minggu mendapatkan markah-markah untuk semua matapelajaran. Antara persediaan yang dilakukan untuk ujian Pendidikan Seni Visual Tahun 5 adalah dengan memilih lukisan dasar laut dengan menggunakan teknik capan. Sebenarnya terdapat beberapa soalan yang telah diberikan terlebih dahulu untuk murid-murid membuat pilihan dan persediaan di rumah..selain teknik capan , soalan lain adalah seperti menganyam, membuat boneka , dan juga membuat penanda buku. Setelah membuat penilaian, masa yang diberikan dan kadar kerumitan, Norzi dan anak (Fatimah) memilih lukisan dasar laut dengan menggunakan teknik capan.
Pertama sekali , sebelum membuat corak atau lukisan dengan teknik capan, suka Norzi kongsikan maksud capan. Setelah kita ketahui apakah teknik capan, barulah memberi pemahaman mendalam terhadap teknik ini...
Teknik capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza dengan cetakan kerana tidak perlu disediakan blok cetakan. Sebelum ini anak Norzi pernah menghasilkan alas meja menggunakan teknik capan, lihat entry teknik capan tersebut di sini.
Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut. Selain itu, contoh lain adalah dengan menggunakan cap jari bagi menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.
Langkah pertama : Sediakan kertas dan alat untuk mencapan. Kami gunakan kapas untuk menghasilkan lukisan di dasar laut. Setelah bersedia dengan semua kelengkapan, kami mulakan sesi step by step. Biasanya Norzi akan tekankan tentang proportion lukisan dengan kertas lukisan , dan lukisan yang bersahaja.
Lukiskan rumpai dan batu karang di dalam laut dalam. Bagi Norzi, apa yang penting , untuk hasil lukisan terbaik adalah faham melukis dengan skala yang tepat.. (tidak terlalu kecil atau telalu besar), melalukan teknik mencapan dengan konsisten dan mengenakan kombinasi warna yang tepat bagi menghidupkan pemandangan lukisan .

Langkah kedua : Penuhkan kertas lukisan dengan ikan-ikan di laut dalam. Oleh sebab masa diberikan agak singkat dalam satu jam lima belas minit, jadi lukisan ringkas sangat digalakkan agar masa yang diperuntukan sesuai dengan hasil kerja yang perlu dicapan. Melukis perlu dilakukan dengan bersahaja , hanya perlu sketch secara ringkas sementara perkara paling kritikal adalah proses mewarna dan teknik capan.
Kedua -dua hasil lukisan, satu Norzi buat, satu lagi anak Norzi kena ikut . Norzi bagi 5 minit untuk siapkan , Ini untuk pastikan Fatimah boleh lakukan semasa ujian. Hasil yang lebih kurang sama.
Norzi memilih capankan menggunakan kapas. Untuk kemasan terbaik adala dengan menggunakan putik kapas kerana saiz hujung kapas lebih konsisten. Untuk latihan pada malam terpaksa tersebut, Norzi menggunakan kapas.. dengan menggunakan kapas, kadar mencapan adalah berkelajuan tinggi selain dengan saiz capan yang besar mempercepatkan proses mewarna dan boleh selesaikan lukisan dalam jangka masa singkat. Sudah mengantuk mata..sebab kami dinner di luar.
Selepas selesai melakukan proses melukis, kini projek mencapan boleh dimulakan... Untuk kes belajar ini kurang kemas kerana Norzi ajar laju sangat..jadi Fatimah kena digest dengan cepat . Mood mama sangat nak tidur dah....tapi sebab takut Fatimah tiada idea especially on combination of colors , jadi teruskan sehingga selesai. Capan memerlukan catakan yang konsisten.
Hasil lukisan dasar laut dengan menggunakan teknik capan.
Semoga bermanfaat.
Selamat malam
Norzi~
Semoga bermanfaat.
Selamat malam
Norzi~
No comments:
Post a Comment