Followers

Sponsored Advertisement

.

KHASIAT DAN KEBAIKAN BUAH BELIMBING BULUH

Buah belimbing buluh memang banyak khasiat dan kebaikannya.  Selain dari juadah masakan dan pelbagai resepi yang menggunakan buah belimbing buluh, seperti sambal belacan belimbing buluh , masak lemak cili padi dengan menggunakan belimbing buluh ,   ianya juga boleh digunakan  bagi merawat tumit pecah. 

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. (Sumber)



Buah belimbing buluh




Selain daripada penyedap makanan, buah belimbing buluh juga digunakan untuk mencegah tumit dari pecah-pecah. Ini adalah petua yang diketahui oleh orang tua-tua.. tidak salah untuk mencubanya. Biasanya, bagi wanita yang gemar menggayakan kasut bertumit tinggi akan mengalami tumit pecah akibat menampung berat badan. (Sebaiknya elakkan menggunakan kasut bertumit tinggi kerana jika terlalu memberi tekanan kepada kaki ianya boleh memberikan kesan jangka panjang) Selain itu , kulit sensitif dan tidak tahan pada sabun basuh pakaian juga boleh mengakibatkan tumit pecah. Bagi mengelakkan tumit pecah, buah belimbing buluh dipercayai mampu membantu mencegah kulit pecah. 

Tips terbaik menghindari / merawat tumit pecah ialah , pertama sekali gosokkan tumit dengan buah belimbing buluh sehingga bersih setiap kali mandi. Biarkan tumit seketika, kemudian gosokkannya dengan menggunakan kain untuk menghilangkan rasa kasar pada tumit.  (Sumber : Koleksi Petua)

Selamat mencuba.
Norzi~





No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...