Followers

Sponsored Advertisement

.

IKAN SIAKAP KUKUS ALA RESEPI BERPANTANG SELEPAS BERSALIN


Assalamualaikum . Kali ini Norzi sharekan resepi ikan siakap kukus atau ikan siakap steam yang memang menjadi resepi ulangan di rumah. (Norzi tak steam, tapi masak terus atas pemanggang ajaib).. Ini paling mudah...sebab itu Norzi suka ulang..dan ulang lagi. Bagusnya resepi ikan siakap ala-ala steam ni, ianya tidak menggunakan minyak, sangat-sangat sesuai dan tepat sekali jika resepi menu ini hendak di hidangkan buat ibu yang sedang berpantang selepas bersalin. Kalau sedang berdiet pun elok juga.. Dengan menghidangkan menu ini , bukan kita je suka , Insya Allah kalau ada ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, atau pembedahan (caesar) juga akan suka dan berselera makan.. silap-silap boleh bertambah - tambah makan. hehe







Ikan siakap kukus 



Biasanya sepanjang proses berpantang, Norzi akan dihidangkan dengan resepi ikan steam, atau bakar. Untuk steam, isi nya kita tukar-tukar aje dengan makanan yang wajib di makan di dalam pantang, contohnya cili digantikan dengan lada hitam..lebihkan halia... banyakkan asam... dah sesuai sangat dah..





Ikan siakap steam 

Sangat extra advantage kalau ada pemanggang ajaib ... sebab boleh longgok aje dalam pemanggang ..tutup dan siap! Memang rasa ajaib sangat haha. Sebelum ni Norzi pakai pengukus.. susah la..banyak proses dan sebenarnya malas nak kemas balik ..cuci semua alat pengukus... (dasar penyakit big M! maka dapatlah pemanggang ajaib heheh)

Ok jom tengok resepi. Resepi ni sendiri buat , sendiri campak dan makan pun sendiri ... harap sesuai dengan selera rakan-rakan semua :)

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 batang serai di hiris 
1 1/2 inch halia di hiris
5 biji cili di potong halus 
1 biji bawang besar di hiris kasar
2 biji bawang putih cincang
1/2 biji carrot potong halus
1 keping asam keping
1biji limau kasturi ambil air
sedikit daun sup-hiris
satu sudu sos tiram -lumur pada ikan
satu mangkuk air asam jawa - dijadikan kuah ketika memasak
satu sudu kecil garam




Cara-cara:
Masukkan ikan dan bahan-bahan dalam pemanggang ajaib . Tutupkan , api sederhana besar, masak dalam 15-20 minit.


Selamat mencuba!

Norzi~







No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...