Followers

Sponsored Advertisement

.

MELIHAT PLANET MUSYTARI ( JUPITER ) DENGAN TELESKOP



Melihat Planet  Musyitari ataupun juga dikenali sebagai Jupiter dengan teleskop bukanlah sesuatu yang pernah terlintas di minda Norzi dan anak-anak. Norzi bukanlah seorang scientist yang mengkaji tentang orbit, planet dan seumpamanya. Malahan bukan juga hobi. Boleh dikatakan Norzi ketahui perkara ini kerana matapelajaran Sains sahaja dan melalui pembacaan. Semasa bercuti di Port Dickson, Hotel Klana Resort, kebetulan di sinilah tempat anak bulan di lihat, maka malam kami menginap di Klana Hotel, selepas pulang dari makan malam, ada petugas memaklumkan boleh melihat planet Musytari  dengan teleskop. Ada kakitangan yang sedang bertugas dan mengendalikan teleskop pada malam itu dan dibuka untuk yang semua yang menginap di hotel melihat sama. Ini memang satu daya tarikan.





Balai Cerap Teluk Kemang

Norzi dan anak-anak teruja sangat apabila dipelawa oleh pekerja di Balai Cerap Teluk Kemang ini untuk  diberi peluang melihat planet Jupiter menggunakan teleskop. Tidak pernah Norzi terbayang atau angankan untuk melihat planet Jupiter. Bila sudah di maklumkan sesiapa ingin melihat boleh  ke Balai Cerap, maka kami semua bergegas ke tingkat 6 balai cerap. Memang ramai yang menghuni di  Hotel Klana ini telahpun berada di tingkat 6 dan sedang beratur.. dan masih ramai yang bersilih ganti turun naik ke tingkat 6 bagi melihat planet Jupiter dengan menggunakan teleskop.




Teleskop melihat Jupiter



Memang tinggi spesifikasi teleskop yang digunakan. Bila tiba giliran Norzi, Norzi letakkan sebelah mata ke teleskop sementara sebelah lagi Norzi kecilkan mata , memang jelas kelihatan planet Jupiter. Berbilion kilometer jaraknya , dengan izin Allah boleh dilihat dengan menggunakan teleskop itu. Norzi dimaklumkan bahawa teleskop  tersebut berkemampuan untuk  memperlihatkan objek dengan jarak sejauh 8 billion kilometer. Memang tersangat jauh.. dan semua orang tidak lepaskan peluang.. termasuklah Khalisah Humaira.



Khalisah tidak ketinggalan untuk turut serta melihat planet Jupiter

Setelah selesai giliran kami berlima, maka kami turun dengan rasa kagum. Yang jelas kelihatan pada plenet adalah  satu bulatan penuh yang berwarna kuning iaitu planet Jupiter 


Berlatarbelakangkan Hotel Klana selepas melihat planet Jupiter


Berdasarkan info dari sini, Norzi mohon sharekan maklumat dari blognya tentang Musytari atau Jupiter.




Salah satu planet yang paling besar di dalam sistem suria kita adalah planet Musytari, atau di dalam bahasa Mat salehnya, Jupiter. Planet ini bukan sahaja jauh lebih besar daripada bumi, malah ia 320 kali ganda lebih berat daripada bumi. Selain itu ia memiliki daya graviti yang sangat kuat untuk menarik pelbagai objek di angkasa ke arahnya.




Apa yang lebih menarik, rupa-rupanya planet Musytari tidak wujud sia-sia di situ, ia wujud untuk melindungi bumi daripada serangan tahi-tahi bintang yang besar, di mana sekiranya tahi-tahi bintang yang besar ini jatuh ke bumi akan mengakibatkan kerosakan yang amat dahsyat kepada bumi.



Kedudukan Jupiter  / Musyitari

Dengan adanya gelombang magnetik yang dihasilkan oleh planet musytari ini, ia membantu menarik atau memesongkan arah tahi bintang yang besar daripada jatuh ke bumi. Mari kita ucapkan kesyukuran atas kewujudan planet Musytari yang melindungi bumi ini.

Berikut petikan yang diambil dari website NASA.


Jupiter has more mass than all other planets in the solar system combined. It helps protect Earth by steering comets either towards the sun or ejecting them to the outer reaches of the solar system or beyond. Jupiter has dozens of moons orbiting it, one of which, Europa, is thought to have a sub-surface liquid salt water ocean. It therefore may possibly harbor life as heat and water, the two ingredients required for life on Earth as we know it, are seemingly present below the moon’s surface. [Sumber : NASA]


Namun begitu, masih ada lagi objek-objek kecil lain di angkasa yang mampu menyerang bumi, dan memberikan akibat yang tidak kurang dahsyatnya sekiranya terhempas ke bumi. Ini kerana objek-objek ini kurang menerima kesan daripada medan magnetik yang dihasilkan oleh Musytari lantaran saiznya yang kecil.

Syukur Alhamdulillah kerana bumi masih memiliki satu lagi sistem pertahanan. Selain mendapat perlindungan daripada Musytari, ia juga memiliki 7 lapisan atmosfera yang melindunginya daripada objek-objek kecil ini seperti meteor dan komet.


Sampai di sini dahulu.
Assalamualaikum









2 comments:

  1. ada bayaram ke untuk melihat jupiter tu? atau memang dah termausk dalam kos bilik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. free siti .. asalkan duduk di hotel ni mereka akan maklumkan .

      Delete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...