Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : SAMBAL SARDIN GORENG

Assalamualaikum, alhamdulillah seronok sangat2 my camera dah baik pulih..baru semangat norzi nak snap pic masakan-masakan Norzi . Sebelum ni Norzi  ada snap (sepanjang camera rosak) tapi tawar hati la nak upload sebab gambar2 tersebut amat tidak memuaskan hati. So, this is the time,love it! love it! Looove to share all of the food pictures... walaupun takla hebat mana, tapi remember, by documenting your daily activities , experiences, etc could help someone yang really need the answer. Kadang2 kita tak rasa pun penting sangat pada kita, tapi amat helpful dan penting pada orang lain yang memerlukan jawapan. So, guys why dont u start documenting something that u like to do?:)))

Ok,ok resepi norzi kali ni ialah sambal sardine goreng. Kadang panggil sardin sambal...dah lama dah tak buat sardin sambal ni... ..Tapi sebelum tu,teringat pasal pentingnya watermark pada gambar, untuk protect hakmilik. Maklum ajela dah masuk dalam dunia maya, sapa2 dapat diorang pakai ajela.  tak minta izin,tapi buat2 macam dia punya hak.. so tak happy la kan, norzi pun ada terkena on 2 pictures yang norzi snap, posted di http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/ Bila jalan2 blog orang terjumpa gambar yang kita snap di dapur kita. So, lesson learnt kita kena start rajin sikit, untuk jaga or protect hakmilik picture, kita letak la nama blog kita atau source. kalau orang guna pun, orang lain tahu source gambar tu kan,so win-win situation la kan.




Ok ,pasal resepi ni, nak bagi tahu  mana norzi dapat eh resepi sardin ni, hehe kisah sambal sardin ni bermula masa zaman muda remaja di UTM dulu :)). Norzi tengok kawan2 kat dapur buat, bila makan sodapppp. Tapi norzi takpernah buat masa tu . Lepas berumahtangga, ingat-ingat lupa tapi cuba-cuba dan berjaya juga.. jadi juga resepi ini dan memang menjadi kesukaan family Norzi. Kire resepi asal nya ialah kawan norzi ya yang kini baru sahaja berumahtangga... thanks SITI comel. :)) OK , jom kita tengok resepi:))


Sambal Sardin Goreng
Bahan-bahan

1 tin sardin (saiz besar)
sebiji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
6 biji cili api ( di belah tengah sahaja~jangan putus)
1 sudu besar cili boh
satu cawan jus asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menggoreng ikan sardin

Cara-cara
1. Asingkan ikan dan sos.
2.Gorengkan ikan sardin hingga garing (minyak takperlu banyak). Tutup masa goreng , jika takut terkena minyak sebab akan meletup disebabkan ada sedikit sospada ikan.
3.Bila dah garing, angkat ikan, minyak tadi (jgan banyak sangat) guna terus, masukkan bawang besar,putih, tumis hingga naik bau.
4. Masukkan cili boh,kacau rata.
5. Kemudian masukkan sos sardin yang telah diasingkan tadi,kacau-kacau lagi.
6. Masukkan jus asam jawa, kacaulagi.
7.Masukkan sedikit garam,
8.Masukkan ikan sardin goreng (api besar sikit pun takpe)kacau2 biar mendidih.
9. Taburkan sedikit gula. Biar mendidih sekejap ,kacau bagi gula cair, dan angkat.
SIAP :))

Selamat mencuba!!

~Norzi~



No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...