Selamat malam...Kali ni Norzi update masak ayam panggang yang Norzi buat last weekend... ayam panggang ni Norzi buat atas permintaan anak sulong yang makin hari makin membesar di depan mata... untuk tidak menghampakan my love yang sorang ni, Norzi buat juga la... tak la susah mana pun sebab yang penting kita perapkan dulu bahan2 ayang sebelum panggang...
mari semak resepi..
resepi asal ni tak tau la norzi main buat aje lepas dapat dalam buku ingat2 lupa...tapi campur kan saja apa yang ada..
Bahan2
1) satu ekor ayam
2) 3 ulas bawang putih*
3) 2 inch halia*
4) 1 batang serai*
5) sedikit lada hitam*
6) 3 sudu olive oil/minyak masak
7) 3 sudu sos tiram
Cara2
1) Perahkan lemon ke atas ayam dan sapu rata
2) Tumbuk bahan bertanda * dan sapukan pada ayam
3) sapukan semua bahan kecuali minyak ke atas ayam
4) kemuadian perapkan, masukkan dalam plastik
5) Masa hendak bakar, ratakan minyak pada ayam..lepas gaulkan semua bahan2 norzi masukkan balik dalam plastik dan bungkus rapat, biarkan 2 jam macam pic kat atas tu..
6) Taburkan carrot , bawang besar dan kentang pada bahagian bawah ayam and letak sedikit minyak.
7) Bakar pada suhu 250degree selama 60 minit. Lepas 30-40 minit, perlu terbalikkan ayam sekirannya tidak memakai teknik rotation.
TIPS: Jangan gunakan kaca kerana pada suhu ini sangat panas
nampak tak cik hubby tolong masukkan..
sedang memanggang ayam..:)
yang paling tragisnya... saat ayam ini telah masak.. norzi tak sempat nak snap gambar sebab semua dah berkumpul tak sabar nak makan... dah selesai makan barula tersedar yang ayam dan licin dah seekor kami kerjakan.. haiyayaya norzi...
No comments:
Post a Comment