Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : MASAK SPAGHETTI RESEPI KEGEMARAN DI HARI RAYA

Assalamualaikum..selamat malam.. rasa nak tergelak pulak tengok title entri kali ni. Jangan marah ya,.. tak berapa sempat dah nak update .. agak lama dah cerita ni tapi takpa... untuk rujukan sendiri juga... banyakkkk sangat benda yang tertangguh ni.... check list sesangat dan semakin panjang.. setiap hari berazam nak update blog dengan semua bahan yang Norzi ada.. nak share banyk benda tapi masa tak mengizinkan. Now on,kalau Norzi ada kelapangan je Norzi pasti akan menulis...and try recall semua aktiviti..and sekarng Norzi sedang di luar kawasan, dan tetap nak update sikit2.. sbb sekrang ni banyak benda yang kalau lambat record aka type, terus lost ... Ok cerita sikit pasa spaghetti. Hari tu ada tegur Dya Bunga pasal dia makan spghetti.. ha ni kakzi masak dear... :) masak sendiri ... selalunya kalau masak, memang masak banyak.. iaitu sebanyak sebungkus .. haha banyak sebenarnya bila rebus sebungkus spaghetti tu./ tapi masa hari raya hari tu Norzi masa 3 bungkus ..sebab  maksimum periuk boleh lepas utk 3 bungkus je...  Ada beberapa menu sebenarnya, tapi Norzi decided masak spaghetti, dan masak nasi himpit je,,  agak specialized sikit. Roger mak ku cinta, masakkan rendang ayam 2 ekor... mak dan kakak Norzi macam biasala.. sngat suka masak so diorang ok aje , plus siap buat laksa lagi , owh makkk....sayanggg mak.. (bahan Norzi supply untuk rendang je, laksa mak sponsor weeee :)

Norzi beli barang mcam biasala , rasanya buat spaghetti ni paling mudah,.. kalau laksa bnyk sangat aksesori , surrender la Norzi tak dapat la nak ringankan tulang  tang tu sebab Norzi ni takda maid so semua kena urus sendiri dari sekecil-kecil benda,, nasib baik hubby ku sayang pun ringan tulang suka tolong :).  Okay layan gambar kat bawah ni, nampak tak Nescafe Latte itu? Kegemaran Norzi tu...tujuan beli masa ni sebab nak dijadikan ubat anti ngantuk hahaha. Memang mujarab la.. . Tapi lepas 12 jam, tido yang tak ingat punya, kadar tidur terbaik untuk cover balik masa  mata yang tak mengantuk tu.. lain2 bahan mentah dalam tin macam biasa la... tomato puree, prego sauce, sos tomato maggi./kimball (sama saja)...oyster dauce tu beli tuk masak lain...masak hari2 ...

bahan-bahan asas yang perlu  ok..

Oleh sebab anak2 Norzi tak suka sayur, so Norzi tambah kan 3 batang carrot untuk dimasukkan sekali dalam kuah spaghetti ni, Norzi blend kan supaya halus dan.. mereka taktau pun ingredientnya adalah carrot... diorang pun akan syok makan dan tak sedar ada sayur , kalau physical sayur tu tak di blend, diorang akan sort awal2 , dah la tak dapat khasiat sayur, malah berlaku pembaziran... jadi senang buat macam ni. owh ya , authentic taste of spaghetti sauce, ingredientnya mmg ada letak carrot ya,,, tapi resepi Norzi ni ikut citarasa Norzi yang telah dimelayukan ikut tekak Norzi ya :)

carrot yang telah di blend


Sebelum masak, raw material kena la dipotong2, potong ni mmg agak leceh sikit sebab ambil masa, tapi masak mudah kerjanya..s.ebab lepas tu kita masukkan aje dalam periuk. Bila dah siap potong and hiris semua yang perlukan , boleh la start masak dengan tenang nya.. :)



Nampak tu daun saderi atau celery. Suka  batang saderi letak dalam spaghetti :). Bila semua ok , projek Norzi pun nak mula dah.. dah  siap susun dah , tinggal masak saja. Sebab masak dalam kuantiti yang banyak, periuk pun apalagi , mestila besar... walaupun sebenarnya rasa tak cukup besar lagi tapi itu je yang ada , iaitu periuk  terbesar di rumah Norzi. 




Daging yang telah di cuci, di keringkan di dalam periuk.. dan bila dah kering, masukkan sosej yang telah dihiris...keringkan juga...dah kering barulah kita tambahkan segala bahan mentah lain yang dihiris mcm sayur saderi, cendawan,bawang , carrot dan kacau sekejap, kemudian masukkan sos tadi dan letak lah 2-3 mangkuk kecil dengan air masak dan masaklah sehingga sebati dan mendidih. Bila dah mendidin dan puas hati, anda boleh perasakan mengikut citarasa anda...




Minced meat - masak hingga kering 

 Inilah rupa sos nya dah siap... tapi tak sempat nak snap pic yang complete dengan pasta sebab masa tu kelam kabut dan agak sibuk sediakan benda lain...sampai terlupa :). InsyaAllah next time norzi akan letak yang complete dengan pasta ya.. :). Sampai sini dulu nanti Norzi update lagi kerana semasa menulis entri ini Norzi berada di luar kawasan. Salam Ukhwah :)




2 comments:

  1. assalamualaikum norzi....sedapnya bila tengok nyummmmmy...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam maszull...terima kasih... :)

    ReplyDelete


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...