Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : BIHUN GORENG



Assalamualaikum... masak express minum petang untuk kakak ipar yang datang hari tu. Masak sebungkus aje.. orang nya ramaiii ..gerenti berebut kan..ye memang licin la satu bekas.. hehehe ... sebab sedap ke atau sebab sikit ? hahah shyy itu rahsia Norzi tu hihi.. ok buat bihun goreng ni menu biasa sahaja , very ordinary kata orang yang tak berapa jawa hehe. Ok ni style Norzi masak.. nak resepi juga ka.. ala segan pulak nak letak sebab ni memang stok campaksss aje... tiba2 je dah siap haha .. ok pada anda yang nak cepat, ringkaS tapi ada something la and agak presentable (Yeke? , hehe). Jom tengok resepi yang memang senang n mudah ni.

Tak lupa juga nak menyelit gambar anak Norzi , intan payung Khalisah Humaira ni... dia paling excited bila dah siap masak..sebab dia nak pau makan telur dadar tu dulu hehehe.





RESEPI  Oleh NORZI 






Bahan-bahan



semangkuk udang-belah 3
semangkuk daging-hiris , rendam dan bersihkan darahnya-toskan (boleh gunakan ayam, fish cake , fish ball, sotong atau apa apa aje yang ada stok kat rumah)
sedikit daun kuchai
sebiji telur
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
sebungkus bihun direndam dengan air dalam 12-30 min
sedikit garam
daun sup  3-4 helai 

Kisar -tumis

3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 sudu cili boh
satu biji cili besar
segenggam ikan bilis/udang kering

Perhiasan

sebiji cili besar dihiris-potong serong
2 helai daun sup-potong halus
telur 3 biji , masak atas flat pan dan bila dah ratakan  potong nipis


Cara-cara:

1) Panaskan sedikit minyak.. bila minyak dah panas , tumiskan bahan kisar
2) bila dah naik bau dan dalam 5 minit -10 minit dah didih , masukkan dagign, masak lagi --sebab nak bagi daging masak n empuk- api sederhana
3) Bila dah puas hati, masukkan sos tiram,udang, kacau2 masukan sebiji telur kacau rata
4) Kemudian Masukkan garam -dan ratakan
5) Masukkan daun kuchai dan terus masukkan bihun,
6) Kacau rata, perasakan kalau tak cukup masin nya\
7) bila dah kering n cantik di masak, taburkan telur, daun bawang dan cili merah yang telah di hiris,
Dah siap! mudah senang dan ringkas  kan :)

Selamat memasak dan menjamu selera.. :)








No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...