Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : ASAM PEDAS PALING MUDAH, RINGKAS DAN SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tak tahu entri bila ni…seminggu juga resepi asam pedas paling simple ni duduk di draft, akhirnya masakan yang simple ni berjaya juga di published. Oleh sebab kesuntukan masa, maka banyak la gambar –gambar, cerita memasak , berjalan , aktiviti dan tips-tips simple yang dah terperam dalam hard disk ni. InsyaAllah akan tulis juga satu per satu. Hari tu ,Norzi rasa nak makan asam pedas. Ikan pulak yang ada stok ikan kembung je.. kalau dapat ikan pari masak asam pedas , best juga.. selalu Norzi gunakan ikan pari ,Bukan apa, ikan pari tu syok sikit makan sebab tak ada tulang.  Alahai malas punya pasal nak pergi cari ikan pari , Norzi masak jela ikan kembung asam peda, tapi perlu dijelaskan ini versi mudah dan simple yang tidak menuntut barangan memasak cukup sempurna. Masak ikut apa yang ada sahaja... itu yang benar-benar simpe tu.. 

Kebetulan ada stok kobis dan juga telur masih.. (banyaknye kebetulan :) ) Memang sesuai sangatla kombinasi ni sebab asam pedas simple kalau di makan dengan kobis dan telur masin memang thumb up!…So dengan sepantas kilat la masak… mudah saja buat asam pedas ni, sebab dah melanggar keperluan bahan-bahan yang sebenar. Norzi buat ni tak tengok buku pun, tapi buat sebab ikut andaian aje.. heeeheh teruk la..

Ok , norzi jump je la terus ya.. cara-caranya.. jom tengok bahan Norzi gunakan ~bahan-bahan yang paling minimum, senang diperolehi, simple , dan cepat!  Kalau yang lengkap sempurna kena ada daun kesum.. kantan... tomato.. lengkap semua . Oleh sebab simple sangat, mama-mana yang kekurangan masa sangat digalakkan masak yang simple-simple ni, yang mudah dan yang penting sihat , berkhasiat dan yang paling penting bersih ..

Oleh sebab Norzi memasak  malam, so ringkas ringkas dan simple sahaja asam pedas Norzi. Yang penting ada rasa masam + dan rasa pedas kerana inilah asas masakan asam pedas... kalau makan tengahari , harus letak tomato , bendi, daun kesum… lagi sekali nak ulang.. Norzi buat versi simple ya. So tak comparable dengan yang mana nak hidang tetamu makan ya :)



Asam pedas ikan kembung, kobis goreng dan telur masin ~ masakan yang simple

Resepi : Norzi Beautilicious House / Norzi Foodilicious House
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 biji bawan besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar cili boh
3 sudu serbuk kari
Sedikit minyak
Sedikit garam
kiub ikan bilis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
  2. Masukkan cili boh , tumiskan hingga agak kering, dan masukkan  serbuk kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air   
  3. Kacau sampai kering (bukan hangus ya)
  4. Bila dah kering, masukkan air asam atau jus asam jawa dua mangkuk kecil , boleh masukkan stok ikan  bilis masa ni 
  5.  Biarkan mendidih , masukkan ikan, masukkan bawang besar
  6.  Kuah pastikan cukup didih, ikan cukup masak dan perasakan

       Semoga membantu dan selamat mencuba!
       ~nORZI~
















2 comments:


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...