Followers

Sponsored Advertisement

.

MUZIUM DIRAJA , KUALA LUMPUR


Assalamualaikum..salam sejahtera ..selamat petang…lamanya tak menulis,,,bukan tak semangat , berkobar-kobar sebenarnya...tapi masa... kadang tu bila dah ready, otak dah tak boleh nak fikir dah rasa tepu sangat plus mata yang sangat-sangat mengantuk.. akhirnya penulis pun lebih dulu tidur sebelum sempat meluahkan cerita-cerita yang sepatutnya di sini... salah sapa agaknya :) ...salah diri sendiri la tu.. hihi ..ok Norzi nal blog pasal cuti panjang masa Tahun Baru Cina yang lalu.adui lama sungguh dah cerita ni.. basi dah tapi sebab bukan makanan masih boleh dihidangkan untuk jamuan minda dan mata.. semoga tulisan ini bermanfaat pada yang memerlukan :)


Sempena Tahun Baru Cina , cuti seminggu di Sekolah Kebangsaan di tempat anak Norzi …lama kan? Mana nak pergi cuti lama ni, preferable yang dekat-dekat, yang tak penat sangat. Kalau dekat ni bagusnya, lepas jalan, enjoy dengan food, apalagi tentula agenda makan-makan dan lepas tu bila dah penat , balik boleh rehat.. sepanjang cuti seminggu tu , selain balik ke kampung halaman suami di Johor, sempat bawa anak-anak ni berjalan-jalan ke satu tempat yang dah lama diorang nak masuk.. asal lalu je…mesti nak pandang… kat mana tu agaknya?. Tempat paling susah nak masuk, dan kalau tak betul-betul di beri peluang, memang tak dapat masuk hihih… nak tau kat mana? Jom layan gambar...











Ini lah tempat yang selalu di idamkan nak masuk .. Istana Negara Lama.... Sekarang ni dah dijadikan Muzium DiRaja atau pun dalam bahasa Inggeris Royal Museum. Sebelum dapat masuk, anda perlu membeli tiket lawatan. Harga untuk masuk ke Istana Negara adalah seperti di bawah:


Orang dewasa---RM5
Kanak-kanak--- –RM2


Tiket

Pernah masuk Istana ? Istana Negara yang lama tu..yang terletak di Jalan Bellamy. .. Mungkin ramai yang dah tahu , sekarang ni Istana Negara di Jalan Bellamy telah dibuka untuk lawatan. Pada hari Norzi pergi tu, ramai juga pelancong datang turut serta nak tengok dalam istana Raja kita. Jadi sesiapa yang belum ada peluang masuk, disarankan untuk melihat persekitaran istana di Raja . Cuti sekolah akan datang ni boleh la melawat..dapat mengembangkan pemikiran anak-anak yang semestinya kagum dan tak tercapai akal mereka kalau kita tak dedahkan.


                                                

Kita rakyat jelata ni memang rasa seronok kan tengok istana …tempat Raja kita bersemayam. Alhamdulillah, seronok dapat masuk, bukan budak-budak je seronok...mak dan bapa budak pun seronok juga. Sebelum ni Norzi ada cerita pasal Istana Negara ni kat hubby n anak-anak. Pertama kali masuk ialah pada 12 tahun lalu bila Norzi praktikal dan kebetulan tempat Norzi praktikal tu dapat projek di situ , jadi masa person in charge selesaikan tugas, diorang ajak sekali. Memang rasa terkesima la tengok…Sekarang ni masuk masih seperti dulu juga sebab semuanya di jaga rapi dan diselenggara dengan baik.




Tengok tiang lampu ni... Norzi suka sangat style ni. Nampak classic sangat. 

Terdapat 2 bahagian yang anda boleh pergi. Pertama Istana Negara tempat Sultan bersemayam . Dalam bangunan tu kami tak dibenarkan ambil gambar.. jadi takda la gambar yang boleh di share di sini. Kasut wajib buka... Kalau anda pergi, nanti akan di berikan plastik setiap orang untuk memasukkan kasut anda dan kena bawa plastic tu sepanjang lawatan supaya kasut tak hilang. kasut anda, tanggungjawab anda ya…


Kat dalam tu boleh tengok bilik-bilik , mini library, bilik-bilik makan atau santapan, bilik wayang, klinik gigi khas, dan banyak lagi tempat menarik. Bahagian dapur tak di buka. Selepas selesai melawat istana, kami ke pameran seterusnya. Ada pamerah DI RAJA. Norzi kongsikan beberapa keping gambar ..




Banyak info diRaja yang kita tak tahu, info di beri dalam bentuk poster dan ditampal di wall tentang cara, istiadat di Raja yang di dedahkan di sini. Kita juga di dedahkan tentang Sejarah Institusi DiRaja. Alat-alat yang digunakan, keperluan lain seperti pakaian, keris , alat musik dan banyak lagi. 







Alat muzik














Tengkolok Diraja

Sepanjang melawat tu , Norzi tertarik dengan banyak benda yang Norzi kira baru refresh balik pasal Tengkolok. Disitu dinyatakan bahawa-

'Diantara pakaian-pakaian kebesaran Raja-Raja ialah Tengkolok Di Raja. Semenjak beberapa kurun lamanya, Raja-Raja Melayu telah memakai kain yang ditenun dengan sutera yang diikat dengan pelbagi solek di ulunya sebagai pakaian kebesaran. Bentuk Ikatan (solek) dan warnanya adalah berlainan dari sebuah negeri ke sebuah negeri.

Kain ulu itu dinamakan 'tengkolok' dan Tengkolok Diraja yang dipakai oleh Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Pertabalan adalah berwarna hitam bersulam benang emas. Soleknya dinamakan 'Dendam Tak Sudah' yang berasal dari Negeri Sembilan. Di sebelah hadapan tengkolok ini  dipasangkan anak bulan dengan bintang pecah empat blas yang diperbuat dari wmas putih dan ditengah-tengah bintang terletak gambar Kerajaan Malaysia yang berwarna warna.

-dipetik dari teks pameran-




Kesimpulannya , pergi ke pameran ni memang memberikan banyak pengetahuan. Persekiratan pameran yang selesa, tersusun rapi dan aktiviti indoor yang sangat menarik. Sekurang-kurangnya, sempena cuti-cuti dari tak buat apa , dapat juga terdedah juga kepada sejarah, protokol , sistem dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan perkaran DiRaja.
~Salam ceria dari Norzi.~

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...