Followers

Sponsored Advertisement

.

PRU13 : SEMAK ONLINE MAKLUMAT MENGUNDI


Selepas 5 tahun berlalu, masa untuk mengundi kembali lagi. Hari yang penting itu bakal muncul iaitu hari Pilihan Raya Umum (PRU ke 13) yang jatuh pada 5 hb Mei 2013 (Ahad). Dah bersedia untuk mengundi? Jangan lepaskan peluang sekiranya telah cukup syarat mengundi. Demi masa depan negara dan generasi seterusnya, kita perlu sama-sama jalankan tanggungjawab terhadap negara yang kita sayangi.  Hak mengundi hak semua dan kita bebas memilih mana-mana yang pada hemah kita terbaik untuk meneraju dalam kepimpinan dalam negara.

Dah tahu kat mana anda mengundi? Lima tahun dulu Norzi mengundi di Desa Petaling. Tahun 2013 ni, baru je Norzi lepas buat semakan online, nampaknya tahun ni Norzi mengundi di Sekolah Rendah Agama Kampung Malaysia Tambahan Sungai Besi (Sek. Ren. Agama Al Zamakhsyari)

Norzi mengundi untuk Dun 124 /Parlimen 124 iaitu Bandar Tun Razak.  Penamaan calon untuk Bandar Tun Razak terdiri dari Barisan Nasional (BN) Tan Kok Eng, Parti Keadilan Rakyat (PKR)  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahin dan dua calon Bebas. Lokasi mengundi : di Kg Malaysia Tambahan . Tak sabar rasanya nak menunggu hari yang penting dan menuntut penuh tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk mengundi.

Macam yang Norzi pernah maklumkan , masa my childhood time Norzi menetap di Kampung Malaysia Tambahan. Walaupun kini menetap di Puchong, Norzi tak bertukar lagi tempat mengundi.

Pada hari mengundi nanti, masa mengundi ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang. InsyaAllah Norzi akan keluar awal pagi sebab nak kena bawa anak-anak sekali. Hubby Norzi mengundi di Sg Sekamat Kajang . Jadi lepas je Norzi selesai mengundi di Kampung Malaysia Tambahan, Sg Besi, terus ke Kajang untuk selesaikan tanggunjawab mengundi en. hubby pulak. Anak-anak memang duduk dalam kereta aje tunggu hingga selesai. Lepas selesai tanggungjawab mengundi baru boleh berjalan sakan hihi

Jom tengok maklumat mengundi Norzi.




Ok , kepada yang telah berdaftar untuk mengundi dan  ingin membuat semakan online, boleh ke alamat berikut :


Sila masukkan no ic anda dengan betul dan tanpa sengkang atau dash.
Keterangan mengundi untuk anda akan di paparkan. 
Akhir kata selamat menunaikan tanggungjawab mengundi.

Salam ceria ~Norzi


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...