Assalamualaikum dan selamat malam .. setelah sekian lama gambar-gambar ni tak di update, alhamdulilllah sempat juga nak update sekejap. Inilah lukisan yang anak norzi buat . Dengan gigihnya dia siapkan ,dan semestinya di bawah tunjuk ajar mamanya ,, syarat yang guru seni berikan dalam tugasan ini ialah melukis pemandangan laut dalam dan di warnakan di atas permukaan tidak rata untuk mendapatkan kesan mewarna dengan texture kasar
Tips menghasilkan lukisan seperti yang Norzi selalu tekan kan pada anak Norzi, dalam situasi ini melukis tak berapa penting, lurus ke bengkok ke ,. dan jangan tekan terlalu kuat and tak perlu trace sebab takut tak natural. Perlu free hand sketch dan perkara penting adalah sentuhan terakhir proses mewarna. Semasa mewarna membantu memberikan kesan. Lukisan ini anak Norzi yang hasilkan dan sedikit final touchup process , Norzi bantu especially bahagian shading tones. Tunjuk sikit je lepas tu bagi dia hands-on.
Macam biasa kami menggunakan warna STABILO Swans (12 Batang) dan di akhiri dengan process finishing dengan menggunakan artline pen especially tang mata-mata ikan dan juga bahagian frame.
Semoga info ini membantu untuk anda menghasilkan lukisan yang lebih baik. Selamat mencuba!
“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza”
(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء)
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.
Love from ~Norzi~
follow blog nie...
ReplyDeleteTQ ROZliza :) salam perkenalan
Delete