Followers

Sponsored Advertisement

.

HUJAN DAN CUACA SEJUK

Pagi khamis yang penuh rahmat... hujan pagi ni ... alhamdulillah , sejuk.. memang sejak seminggu dua ni sering hujan. Hujung minggu lalu hujan lebat sangat , cuaca pula tak menentu tapi petang selalunya mendung dan hujan... Alhamdulillah.. cuma bila cuaca macam ni anak kedua Norzi akan selalu kena lelah.. mula la susah nak bernafas. Sikapnya yang sangat aktif akan berubah jadi terdiam , bila kena lelah. Razin sangat sensitif kepada cuaca sejuk dan minuman sejuk , minuman berperisa macm vitagen.. atau air sejuk yang diminum direct dari peti sejuk (bukan air batu) . Buah macam limau dan laici pun perlu dielakkan sebab kalau masuk je dalam badan terus trigger lelah. Alhamdulillah la dengan ujianNYA.

Dalam keluarga Norzi takda pun yang kena lelah. Cuma hubby kata masa dia kecil-kecil dahulu memang pernah kena,tapi makin besar semakin hilang. razin pun kena since baby berusia 8 bulan. Oleh sebab tak pernah menghadapi penyakit ni, dulu kekerapan razin sakit sangat tingfi, dan asyik keluar masuk hospital. Sekali admitted 5 hari sebab perlu habiskan antibiotik. Agak memenatkan kalau dikenangkan masa tu. Macam macam dah cuba... sejak razin boleh makan solid food , Norzi bagi madu dan hati unta, madu senang nak dapat, boleh beli di kedai atau ada juga beli di Darussyifa bangi. Hati unta Norzi kirim kawan yang pergi Mekah kerana memunaikan Umrah . Mak Norzi tolong sangai ( goreng tanpa minyak ) dan blend halus untuk tabur dalam nasi sebab kawan Norzi beli hati unta yang sudah kering. Alhamdulillah ada la perbezaannya, kurang sakit. Kalau kena pun dalam 2-3 kali setahun..

Masa Razin berusia 3 tahun lebih  Norzi dan suami beli nabulizer atas faktor kebersihan dan keperluan. Bukan nak kata kat klinik tak bersih tapi takut ada masa terlepas pandang , mungkin ada yang tak dicuci bersih. Orang yang pakai tu bersilih ganti. Ok la worth it beli sebab bila kena semput 2-3 pagi takda la rush ke klinik. Stok water for injection dan juga yang dalam tube tu memang ada selalu standby kalau dah ada symptom. 


Ni bila dah besar, suka pulak dia minum ais. Ambil sendiri..bila kita larang  , dia sengeh..tapi minum juga. so hari Ahad minggu lepas mulalah episod batuk sakan, natijahnya hari isnin semput ..tak leh pergi sekolah. Norzi berharap sangat dia cepat sembuh sebab hari khamis dia ada lawatan sekolah ke Petrosains. Dia excited sangat sebab nak pergi hari2 bangun tidur tanya bila boleh pergi..tapi itula yg dikatakan kita mampu merancang tapi tuhan menentukan, bila hari yang ditunggu tunggu razin still tak sihat... so duduk rumah la dia....




time dia semput je terus minta gas. biasanya kami elakkan ambil kecuali bila dr nasihatkan ambil gas, so kami pun minta stok ubat dan balik bagi. if tak dpat tahan sangat mmg immediately ke bilik rawatan Dr and nab sekejap.


Owh ya kalau anak anak anda ada masalah yang sama , elok la dapat kan satu mesin nabulizer ni. Mudah la sikit urusan. Kami beli dah lama, beberapa tahun yang lalu. Brand OMRON. Beli di Pharmacy di Puchong Utama. Kedai ni memang supply ubat-ubatan ke klinik juga. Norzi tahu kedai ni pun sebab Dr yang rawat anak Norzi tu yang recommend pergi sana.  Harga satu set masa 3 tahun lalu sekitar RM450. Ada bermacam brand dan harga serendah dari RM250 tapi pastikan anda baca spesifikasi , tengok motornya dan jenama nya. Dalam banyak2 tu Norzi dah hubby decided ambil brand OMRON. Qualitywise, highly recommended if u all nak beli utk kegunaan kalau ada keperluan.




Alhamdulillah hari ni Razin dah sembuh... dan kembali aktif! heheh esok pergi school setelah 4 hari cuti sakit. Memang Norzi tak bagi ke sekolah sebab  di bawah pengambilan ubat. Harapan Norzi semoga Razin di kurniakan kesihatan yang baik berpanjangan . 


~sampai sini dulu, salam ceria ~Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...