Followers

Sponsored Advertisement

.

HARI ORIENTASI DAN UJIAN DIAGNOSTIK DARJAH SATU

Assalamualaikum ..pada 16hb Nov 2013 yg lalu anak Norzi,razin menghadiri ujian
diagnostik utk menentukan kedudukan kelas. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Selain itu ada orientasi di mana murid murid di tunjukjan kelas,bilik guru, kantin,tandas dan persekitaran sekolah ...razin excited seronok tgk sikapnya. Razin bakal mengikuti sistem KSSR sekolah yg menggunakan sistem band..berbanding anak Norzi yg lagi sorang tu , Fatimah menggunakan sistem KBSR. Razin masuk sekolah yang sama dengan kakaknya, cuma berbeza sessi sahaja..Alhamdulillah kejap je rasa anak-anak membesar.


Razin yang happy dan excited

Baju sekolah ni hadiah dari sekolah tadika ..hadiah saguhati sebab membaca doa pembuka majlis . Saiz  baju razin ialah 14 mmg ngam utk razin. Kasut sekolah  Razin pula, Norzi n hubby beli d kedai kasut Bata ioi puchong..


                        

Razin yang lapar..

oleh sebab gambar merata-rata, dalam beberapa hp , nanti kena cari balik pic di persekitaran kawasan.  Gambar ni penting bukan untuk hari ini sahaja, kalau panjang umur , lepas 10 atau 20 tahun lagi boleh tengok picture dan cerita-cerita di sini...  

Pada hari ujian diagnostik ni pun , Norzi daftar utk Frog VLE dan juga Zoom A. Akaun Zoom A belum dapat lagi , masih menunggu cikgu cikgu semua membuka akaun , menunggu ID dan kata laluan dari pihak sekolah. 

Akhir sekali , mama dan papa doakan semoga Razin menjadi anak yang soleh , membesar dengan baik dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat,semoga Razin juga sentiasa mendoakan mama dan papa. 

Salam Ceria,
Norzi

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...