Followers

Sponsored Advertisement

.

MINYAK MASAK TIGA KALI GUNA JADI RACUN

Assalamualaikum, lepas je Norzi baca keratan akhbar bertarikh 13 Disember 2013 ni, suka Norzi kongsikan di sini utk bacaan semua.  Norzi Copy paste seperti  di bawah. Semoga bermanfaat~ Norzi


********************************************************************************



KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

KENYATAAN AKHBAR 

ISU AKROLEIN DALAM MINYAK MASAK TERPAKAI 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar 
KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk ”Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan 
pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai”. Laporan tersebut mendakwa 
penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat 
peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. 

Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari 
perindustrian propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan 
moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga boleh terbentuk 
pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi. 

Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya asap 
rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga 
hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru. Menurut International Agency for Research on Cancer 
(IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang 
menunjukkan acrolein bersifat karsinogenik. 

Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan 
minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis 
makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng. Minyak 
masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baru jika 
berlaku perkara berikut : 

1) Warna minyak masak menjadi perang pekat. 
2) Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat. 
3) Minyak masak berbau tengik. 
4) Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan. 

KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak 
berdasarkan kepada perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang 
betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui laman sesawang 
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my dan Portal MyHealth 
http://www.myhealth.gov.my 

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah 
Ketua Pengarah Kesihatan 
Kementerian Kesihatan Malaysia 

16 Disember 2013







sumber : http://kosmo.com.my/


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...