Kejaya seorang guru merupakan profesion yang begitu penting dalam masyarakat. Dari sekecil-kecil kanak-kanak sehinggalah ke generasi tua, semua mengenali dan menghormati seorang guru sehingga gelaran 'cikgu' akan kekal di gunakan samada oleh anak murid atau ibu bapa. Hanya segelintir dan terpilih sahaja mampu bergelar guru. Mereka adalah role model kepada semua anak murid di sekolah. Mereka bertanggungjawab dalam menyebarkan pelbagai maklumat ilmiah dan memberikan contoh teladan yang baik dalam membentuk dan mengubah sikap serta kelakuan anak didik mereka melalui proses pembelajaran di dalam kelas dan sepanjang aktiviti ko-kurikulum (KK).
Sebagai mengenang jasa baik guru-guru di sekolah anak-anak Norzi, sempena hari guru yang lalu, senarai nama guru-guru kepada anak-anak Norzi telah dikenalpasti. Dengan senarai yang ada, Norzi dan hubby bantu anak-anak mencari buah tangan untuk guru mereka. Untuk tahun ini Hadiah Hari Guru yang telah dipilih oleh anak-anak Norzi termasuklah photo album bersaiz mini dan pencil case. Anak-anak sangat excited untuk menghadiahkan kepada guru mereka.
Norzi bantu mereka membalut semua hadiah. Oleh kerana hadiahnya berjumlah 12 unit , iaitu jumlah untuk ketiga-tiga anak Norzi, maka sangat menuntut kesabaran untuk menyelesaikan proses membalut.. dan sebenarnya mata Norzi memang sangat berat dan katil seakan memanggil manggil untuk beradu.. tapi di teruskan juga kerana anak-anak perlu bawa hadiah tersebut keesokan harinya.
Antara mini album yang telah dibeli. Semuanya dalam proses membungkus hadiah.
Proses membungkus ini dibantu khas oleh si kecil molek yang bakal mencecah usia 4 tahun pada hujung May 2014 ni :) . Insan paling excited nak hadiahkan gurunya .
Dua pencil case sama warna adalah pilihan Khalisah sendiri. Kedua-dua hadiah tersebut khas untuk gurunya yang bernama Atikah dan Nurul . Norzi hanya tolong bungkus dan tuliskan nama untuk guru-guru Khalisah, urusan memberi pada cikgu dilakukan oleh Khalisah sendiri. Harapnya dia telah memberikan kepada guru yang betul :).
Akhirnya siap juga membungkus kesemua hadiah. Fatimah telah tuliskan semua hadiah untuk guru-gurunya. Semoga usaha ini boleh memberikan sedikit keceriaan kepada insan bernama guru. Ucapan terima kasih kepada semua guru yang banyak berjasa kepada anak-anak Norzi khasnya dan kepada anak bangsa amnya.
Tips beli hadiah untuk guru yang boleh di kongsikan di sini adalah, sesuatu yang simple , mudah di bawa, mudah di simpan , mudah di ingati , tidak mudah rosak dan berfungsi untuk kegunaan guru-guru. Selain itu dekorasi kad ucapan ciptaan sendiri juga adalah lebih unik untuk dijadikan hadiah untuk guru .
Selamat hari guru;
Norzi~
Good idea gak kasi photo album ni. Mmg tgh buntu nk belikan apa utk teacher anak nanti. Tq for sharing.
ReplyDelete