Followers

Sponsored Advertisement

.

SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA RAMADHAN

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan




Assalamualaikum ,

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi . Syukur kepada Mu ya Allah , dapat kiranya berada di dalam bulan yang mulia ini. Norzi kongsikan sekilas pandang mengenai puasa Ramadhan. Semoga mendapat kebaikan dari maklumat ini. Sila share / dipanjangkan untuk kebaikan dunia dan akhirat.




Lafaz Niat Puasa di Bulan Ramadhan



Hukum Puasa Ramadhan
Hukumnya WAJIB berasaskan nas-nas dari Al-Quran , as-Sunnah dan Ijma'.

Siapa yang wajib Berpuasa?
-Muslim
-Berakal
-Baligh
-Sihat dan mampu untuk berpuasa
-Menetap bukan musafir
-Suci dari haid dan nifas bagi wanita

Rukun Puasa
-Berniat
-Menahan diri dari segala yang membatalkan puasa, semenjak  terbit fajar hingga terbenam matahari.


Perkara yang membatalkan puasa
-Makan atau minum dengan sengaja (Wajib Qadha)
-Muntah dengan sengaja (Wajib Qadha)
-Keluar darah haid atau nifas (Wajib Qdha)
-Mengeluarkan mani (Wajib Qadha)
-Memasukkan bahan bukan makanan ke dalam perut melalui  jalan biasa (Wajib Qadha)
-Meniatkan berbuka (Wajib Qadha)
-Bersetubuh (Wajib bayar Kafarrah)


Amalan sunnah berkaitan puasa Ramadhan
-Bersahur
-Melambatkan sahur
-Menyegerakan berbuka puasa
-Berbuka dengan tamar atau air
-Memberi makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa
-Berdoa ketika berpuasa dan sejurus selepas berbuka puasa
-Solat sunat malam (bertarawikh)
-Menjauhi perkara-perkara yang sia-sia / di larang
-Menggosok gigi
-Bermurah hati dalam menderma (bersifat dermawan)
-Mempelajari dan mentadabbur Al-Quran
-Memperbanyakkan Ibadah pada 10 malam terakhir Ramadhan
-Beriktikaf di masjid pada 10 hari terakhir Ramadhan
-Berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...