Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : IKAN SIAKAP GORENG TIGA RASA


Assalamualaikum, suka makan ikan siakap? Ikan siakap adalah ikan kegemaran anak pertama Norzi. Norzi pun sukakan ikan siakap ini, lagi-lagi kalau di goreng garing sedikit. Kemudian dibuatkan sosnya.  Biasanya kalau Norzi makan dan membuat pesanan di restoran Tom Yam atau Restoran masakan Thailand (tentu sahaja masakan ini ala Thai) , Norzi akan pesan masak tiga rasa (3 rasa) atau nama lainnya dikenali juga sebagai masam manis. Sos atau kuahnya ada rasa pedas,masam dan manis.

Sejak kebelakangan ini , jarang Norzi makan di restoran ,lagi -lagi restoran Thailand. Sejak tersiarnya berita anak beranak sakit perut di Putrajaya kerana makan roti john pada Ramadhan lalu, Norzi dan suami memang jarang beli. Kami sekarang lebih mengambil pendekatan untuk memasak sendiri dan beberapa perkara penting adalah kami puas hati bila membasuh ikan , ayam, udang , daging sendiri dan juga sayur-sayuran. Tahap kebersihan yang kita kena lihat semula kerana makan di luar masakan secara pukal dan dikhuatiri tahap kebersihannya tidak seperti yang sewajarnya. Jadi kalau selagi mampu Norzi masak. Bila tiba masa  tidak larat memasak.. hubby Norzi tolong masak. Psst... nak tahu satu cerita tak.. suami Norzi memang suka masak... sebab memasak tu senang baginya.. dia kata kalau dia tidak menjadi jurutera, kerjaya yang bakal dipilih selepas itu adalah tukang masak / chef. Itu memang telah disetkan sejak zaman belajar lagi. Walaupun hubby tidak la sehebat chef tetapi hubby faham sedikit sebanyak rules memasak :) ,dan yang paling penting hubby rajin menolong di dapur walaupun tidak memasak.

Ok , berbalik kepada tips untuk menguruskan ikan siakap sebelum di masak atau di goreng , disini Norzi sharekan tips untuk anda agar proses memasak anda menjadi lancar dan memudahkan.
1) Semasa anda menyiang dan membersihkan perut ikan, anda akan dapati terdapatnya salur seperti tube di dalam perut ikan siakap ni. Anda perlu keluarkan tube tersebut untuk mengelakkan ia menggelembung dan meletup di semasa proses menggoreng. Sekiranya terlupa, hati-hati ketika menggoreng kerana ianya boleh meletup pecah semasa menggoreng dan dikhuatiri minyak panas terkena muka atau mata atau mana-mana bahagian kulit.
2) Merendam ikan terlebih dahulu dengan asam jawa untuk mengurangkan sebarang bau hanyir. Rendam dalam 5~15 minit sudah memadai , kemudian basuh bersih. 



Ok jom tengok resepi ikan siakap goreng tiga rasa yang mudah , dan semestinya sedap! Kalau makan ni , lepas 15 minit kejap je tinggal tulang :) . Memang penggemar ikan.  



Ikan siakap goreng tiga rasa

Bahan-bahannya :
Seekor ikan siakap sederhana besar
Sedikit kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan sos  / kuah tiga rasa
5 biji cili padi di potong-potong
3 biji bawang putih di cincang halus tumis
1 sudu cili giling-tumis
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 keping asam keping
sebatang serai di hiris halus
1/2 biji bawang besar di belah dadu
sedikit nenas (kalau ada, norzi tidak letak)
gula dan garam secukup rasa

Cara-caranya :

1.Basuh bersih ikan, toskan dan ratakan kunyit dan garam dan gorengkan. Selepas cantik kekuningan cukup masak , angkat ketepikan.                      

2. Gunakan minyak yang sama, kurangkan kuantiti jika terlebih minyak, tumiskan bahan tumis hingga naik bau, masukkan cili giling / cili boh.                   

3.Kacau rata ,masukkan semua sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan juga cili potong, serai , bawang besar dan asam keping, dan kacau rata. 

4. Kalau terlalu pekat dan ingin kurangkan kepekatan masukkan 1/3 cawan air panas. Biar mendidih.

5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan gaul rata. Bila dah puas hati, terus curahkan kuah di dalam mangkuk ikan tadi .


Selamat mencuba.
~Norzi



1 comment:


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...