Dalam kesibukan menguruskan aktiviti harian, sangat penting bagi ibu-ibu memantau pengambilan makanan anak-anak , lebih-lebih lagi nak-anak yang yang sedang bersekolah. Kajian menyeluruh terhadap lebih dari 11,000 kanak-kanak sekolah rendah mendapati bahawa kira-kira 30 peratus daripada mereka tidak bersarapan. Antara sebab utama adalah tiada masa, tidak lapar, tiada selera. Justeru, ikuti panduan berikut untuk tumbesaran terutamanya sewaktu bersarapan pagi.

Sedikit panduan ringkas pengambilan makanan untuk tumbesaran anak :
- Cuba kejutkan anak-anak anda setengah jam lebih awal untuk bersarapan.
- Bersarapan dengan bijian penuh seperti sandwich telur dengan roti bijian penuh, susu dan minuman bijian bersama kismis.
-Buah-buahan segar boleh ditambah ke dalam makanan berkhasiat seperti bijirin sarapan dan yogurt kerana ia lebih berkhasiat dan sedap.
-Berikan anak anda buah-buahan dan sayur-sayuran dari pelbagai warna bagi mendapatkan kebaikan daripada fitokimia berkhasiat yang berlainan di dalamnya.
-Hidangkan sayuran hijau dengan batang yang boleh di makan seperti sawi dan kailan serta tomato , peria, bendi , lobak merah , kubis bunga dan brokoli.
-Berikan dua gelas susu sehari.
-Hidangkan ikan dengan tulang yang boleh dimakan seperti sardin dalam tin dan ikan bilis.
-Tingkatkan penyerapan kalsium dengan menghidangkan telur, marjerin dan makanan lain yang diperkaya dengan vitamin D.
-Biarkan anak anda bermain di luar kerana cahaya matahari membantu badan menghasilkan vitamin D.
Sumber panduan : Wanita Sept 2012
No comments:
Post a Comment