Recommendations:
Masak Kurma Telur Rebus
Sambal Ikan Tenggiri
Ikan Siakap Steam Lemon
Hari ini pagi-pagi lagi Norzi dah masak. Cuti sekolah dah nak tiba.. lepas ni memang Norzi akan kerap check in dapur sebab anak-anak Norzi akan berada di rumah.Pagi ini Norzi masa ikan tongkol sambal kunyit. Betul ke nama resepi ni macam ni... entahla Norzi gunakan keywordnya sama seperti bahan - bahan yang Norzi gunakan untuk memasak.
Masakan ikan tongkol sambal atau jenis berlada atau boleh juga dinamakan sebagai ikan tongkol masak sambal kunyit ini merupakan satu masakan yang ringkas dan mudah sahaja cara penyediaannya. Dulu Norzi tak pandai sangat makan ikan tongkol. .. Abah Norzi jarang membeli ikan yang banyak tulang sebab abah Norzi takut tulang... jadi masa kecil-kecil abah selalu beli ikan kembung besar, ikan pari, ikan tenggiri (biasanya kalau abah gaji je abah beli ikan tenggiri ni :) ) , ikan sardin , ikan sardin tin. Itu je jenis yang Norzi ingat selain sotong dan udang. Tak pernah abah beli ikan tongkol , jadi Norzi memang tak tau ikan tongkol...Tetapi sejak dewasa ni, kebelakangan ini ramai yang menjual ikan tongkol lebih lebih lagi kalau orang pantai timur , jenis nasi berlauk.. atau nasi dagang... dan rasanya pun sedap .. jadi Norzi cuba beli dan masak sendiri.Kebetulan ikan tongkol ini mudah diperolehi di salah satu mini market di tempat Norzi. Memang berbaloi masak ikan ni.
Ikan tongkol masak kunyit berlada / sambal kunyit
Ikan tongkol masak kunyit berlada
Bahan-bahannya :
1) Seekor ikan tongkol - lepas di kerat dapat 4 keping isi ikan tongkol (kepala Norzi tak ambil)
2) Basuh bersih, toskan dan gaulkan dengan garam dan kunyit (goreng separa masak)
3) Bawang besar sebiji di hiris kasar
4) Kunyit hidup setengah inch (Norzi pakai setengah sudu kecil serbuk kunyit)
5) 1 keping asam gelugur / asam keping
Bahan kisar
5) 1 keping asam gelugur / asam keping
Bahan kisar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi (boleh guna lebih kalau suka pedas, anak Norzi tak kuat pedas jadi kena kurangkan kuantiti cili)
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi (boleh guna lebih kalau suka pedas, anak Norzi tak kuat pedas jadi kena kurangkan kuantiti cili)
Sebiji cili merah
1 batang serai dihiris halus
air secukupnya untuk kisar
garam dan gula secukup rasa.
1 batang serai dihiris halus
air secukupnya untuk kisar
garam dan gula secukup rasa.
Cara-caranya :
1) Ikan di gaul garam kunyit dan gorengkan.
2) Guna semula minyak yang digunakan masa menggoreng ikan ( guna separuh sahaja) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar ( Pastikan minyak betul betul panas) . Oleh sebab kita kisar guna air, tumis hingga kering sedikit)
1) Ikan di gaul garam kunyit dan gorengkan.
2) Guna semula minyak yang digunakan masa menggoreng ikan ( guna separuh sahaja) Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar ( Pastikan minyak betul betul panas) . Oleh sebab kita kisar guna air, tumis hingga kering sedikit)
3) Bila dah kering sikit, masukkan bawang besar dan asam gelugor, ikan. Masak /gaul rata dan perasakan mengikut citarasa.
Selamat mencuba!
Norzi~
Recommendations:
Recommendations:
Ikan tongkol masak kunyit berlada
Ikan tongkol masak kunyit berlada
Ikan tongkol masak kunyit berlada
Lala Masak Lemak Cili Padi
Resepi Daging Masak Kicap
Ikan Siakap Masak Tempoyak Dengan Timun
Puding Roti Sos Kastard
sedapnyeeee.... 😋
ReplyDeleteTerima kasih����
ReplyDeleteMenarik resepi ni, boleh cuba la lepas ni
ReplyDeleteterima kasih singgah sis..
DeleteMmg sdp ikut resepi ni.. Tq ya.. 🤗
ReplyDeleteSedapnye...
ReplyDelete