Followers

Sponsored Advertisement

.

MEE JAWA

meejawa resepi mee jawa resepi mee jawa  meejawa resepi mee jawa resepi mee jawa meejawa resepi mee jawa resepi mee jawa  mee jawa sedap mudah lazat simple dan sangat sesuai untuk jamuan hari raya
Assalamualaikum,   Norzi masak mee jawa tempoh hari.  Biasala.. entry SELALU lambat... Masa penuh dengan pelbagai aktiviti. Jadi, macam selalu , jika ada kelapangan Norzi akan menulis sedikit sebanyak..mana yang ingin disharekan.... Aktiviti memasak di ruangan dapur sendiri pun agak terhad kerana kekangan waktu dan banyak check in luar kawasan... jadi kongsi cerita tentang memasak berkurangan.. jalan-jalan makan banyak tapi masa pula tak banyak. 

Mee jawa, mee jawa, mee jawa...  memang kegemaran.. Walau pun tak pandai cakap jawa tapi kitorang suka sangat mee jawa, Kalau beli di kedai , susah juga nak jumpa restoran yang menyediakan mee jawa yang sedap.. banyak try and error .. asik tak sedap aje.. jadi kalau nak sedap, ikut citarasa sendiri .. kena la masak sendiri. Norzi selalu masak mee ni.. tapi tak banyak up gambar kerana resepi ulangan. Cuma kalau Norzi bersedia nak buat Norzi memilih di kala hujung minggu... macam yang Norzi maklumkan tadi , resepi ini Norzi buat resepi ulangan..jadi campak-campak bahan sama macam sebelum ni Norzi ada masak mee jawa dan di entrikan di SINI.  Kalau malas nak klik ke entry lain, sila teruskan membaca di bawah kerana Norzi dah copy juga bawa resepi ke sini.


     Mee Jawa

Resepi Mee Jawa
Oleh : Norzi Foodilicious House
Sumber Rujukan :Kak Ita
Bahan-bahannya:

Bahan A
1 bungkus mee kuning - dicelur
1/2 daging - direbus kemudian dihiris nipis (air rebusan jangan buang nanti nak dibuat kuahnyer)
1 cawan udang - dibuang kepala dan ekor
1 cawan taugeh - dicelur (Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak buang ekor taugeh :)
sayur sawi - dipotong kecil dan dicelur
tauhu - digoreng dan dihiris nipisn(Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak goreng dan potong2 tapi rasanya masih marvellous)
telur - direbus
bawang goreng ( ni memang norzi tak beli sebab hubby ku tak nak)
cili merah - dihiris
3 biji kentang / keledek - dikupas dipotong dadu dan direbus kemudian dikisar halus
2 buku gula melaka (Norzi guna satu saja)
garam dan gula secukup rasa
2 kiub daging.
2 keping asam keping atau asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan B dikisar
2 inc halia - dikisar
1 inc lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
* semua bahan diatas dikisar halus kemudian ditapis ambil airnyer sahaja
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
1/2 cawan ikan bilis - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
* air tapisan tadi dicampur dgn bahan diatas kemudian dikisar halus


Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan B hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan rempah kari yg tlh dibancuh dgn sedikit air. masak lagi hingga garingMasukkan kentang atau keledek dan air rebusan daging mengikut kepekatan yg diingini.

Masukkan udang , gula melaka, asam keping dan kiub daging masak hingga kuah didih.
Akhir sekali masukan garam dan gula rasakan masam manisnyer.... 

Tips terbaik meejawa yang sedap ikut citarasa Norzi mee jawa kuahnyer manis sedikit bukan la terlalu manis.. tetapi lebih manis sedikit campur dengan pedas sikit...... Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat ,,memang walla sangat... makan ketika panas....



Biasanya kalau Norzi tidak cukup bahan sampingan , tetap buat juga. Asalkan kuah cukup syarat asas.. 
Sampai sini dulu. Selamat mencuba!



Salam ceria;
Norzi ~


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...