Followers

Sponsored Advertisement

.

IKAN SIAKAP 3 RASA MUDAH DAN SENANG



Assalamualaikum. Salam hari Isnin. Ini aktiviti memasak semalam... Hari Ahad diluangkan dengan aktiviti memasak. Masak tak banyak pun , hanya masak ikan siakap dan sayur goreng. Sekali lagi Norzi hidangkan resepi berasaskan ikan 
siakap. 

Ikan Siakap memiliki isi putih dan berkeping.  Ikan siakap ini mudah untuk di goreng dan minyaknya kurang memercik ketika menggoreng. 





Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang

Ikan siakap ini sangat popular .. kalau ke seafood restaurant, selalu kita minta ikan siakap 3 rasa la... steam halia.. siakap bakar, siakap masam manis dan macam-macam resepi lagi. Sememangnya ikan siakap ini sedap isinya.



 Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang



Di Australia, Ikan Siakap merupakan ikan hidangan popular ("iconic") yang digemari di seluruh negara. Ia boleh dikatakan jenama khusus Australia. Namanya inggerisnya-"Barramundi" diambil dari nama untuk Ikan Siakap yang diberikan oleh masyarakat peribumi Australia. Bagaimanapun, permintaan bagi ikan ini amat tinggi di Australia sehinggakan sebahagian besar darinya diimport. (Sumber)




  Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang




Siakap tiga rasa Norzi penuh dengan hirisan bawang besar. Ianya sengaja Norzi letakkan kerana kami sukakan bawang besar yang untuk di makan dengan ikan dan nasi. selain sayur. 






 Resepi ikan siakap 3 rasa yang mudah dan senang


Resepi ikan siakap 3 rasa

Bahan-bahannya :

Seekor ikan siakap sederhana besar (seabass)
Sedikit kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan sos / kuah tiga rasa :
*3 ulas bawang putih di cincang halus
*2-3 sudu cili giling
*1/2 biji bawang besar di hiris kasar
*sebatang serai di hiris halus
*1/2 inch halia
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram cendawan
satu cawan jus air asam jawa
sedikit gula dan garam


Cara-caranya :
1.Basuh bersih ikan, toskan dan ratakan kunyit dan garam dan goreng garing. Selepas cantik kekuningan cukup masak , angkat ketepikan.

2.Gunakan minyak yang sama, kurangkan kuantiti jika terlebih minyak, tumiskan bahan bertanda * hingga naik bau. 

3.Kacau rata , masukkan semua sos cili, sos tomato dan sos tiram. 

4. Masukkan air asam jawa. Biar mendidih.


5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan gaul rata. Bila cukup masak,curahkan kuah atas ikan.




Selamat mencuba.
~Norzi



















No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...