Resepi kali ini resepi sihat. Norzi masak resepi universal, sesuai juga untuk ibu berpantang bersalin samada secara normal atau ceaserean. Makanan dalam pantang, sesuai sangat-sangat. Resepi ibu dalam pantang. Jika dijadikan amalan ibu-ibu selama 100 hari akan kembali selim tubuh badan seperti sebelum mengandung dahulu. Resepi berpantang ni sebenarnya menjadi lebih mudah dengan menggunakan magic pan atau periuk ajaib ini. Mana tidaknya, ni kira potong semua bahan dan longgok sahaja di dalam magic pan. Tutup dan tunggu 15 minit, masakan sedia di makan. Memang sangat mudah.
Walau bagaimanapun, oleh kerana Norzi tidak berpantang, cili-cili pun bersepah ..bukan main banyak Norzi letak . Kalau ibu berpantang, boleh gantikan cili dengan menambahkan sesudu lada hitam. Kalau boleh lada hitam di tumbuk dahulu, Jangan tumbuk sendiri ya, sesiap yang menjaga dalam pantang tu , ha minta orang itu yang tolong tumbukkan.

Bahan-bahannya
Siakap saiz sederhana.
Limau nipis sebiji. (separuh buat jus and campur dlm tu- hiris dlm 3/4 utk letak atas n bawah ikan)
Sos tiram 2 sudu setengah-lumur pada ikan
Sos ikan 2 sudu.
Halia 2cm-racik halus
Bawang putih 3 ulas.-racik halus
Batang sederi - racik kasar
Daun sup-racik halus
Daun bawang-racik halus
Serai sebatang hiris nipis
Lada besar racik halus-halus
Minyak masak 2sudu
Air 1cawan
Daun limau purut sehelai- racik halus
Optional *lada kecil/lada sulah-if nak pedas
Garam, gula secukup rasa okay. Tak letak pn takpe actually sebab dah ada sos tiram and sos ikan :)
Cara-cara
Lumur semua bahan dengan ikan.
Masuk dlm Pemanggang Ajaib.. air asam cukup sekadar nak buat kuah. Masak dalam 15-20 minit. Perasakan . Sedia di angkat dan dihidangkan panas-panas.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment