Followers

Sponsored Advertisement

.

TEMPAT LETAK PENSEL DARI BAHAN TERBUANG

Assalamualaikum , kali ini Norzi kongsikan cara membuat tempat letak pensel dari bahan terbuang. Ini adalah projek sekolah anak Norzi , pelajar darjah 6 dan tajuk yang lebih tepat lagi adalah ' membina bekas pensil berasaskan bahan terbuang ' . 

Letih juga memikirkan apakah bahan terbuang yang hendak digunakan. Ada begitu banyak bahan terbuang di rumah (haha, terbuanglah sangat). Norzi melihat banyak sangat buku latihan, Norzi cadangkan kepada anak sulung Norzi, iaitu Fatimah untuk menggunakan buku latihannya semasa darjah 2. Lamanya.. simpan buku. Sekarang dah darjah 6, masih ada lagi buku darjah 2. Biasala, bila nak buang, ada rasa sayang sebab buku elok lagi..bila tak buang rasa semak sangat.. konflik betul.. nak sedekah pun tak boleh sebab syllabus matapelajaran yang berbeza.. Ok juga ada projek macam ni.. boleh juga di manfaatkan buku tu..

Ok, Norzi tunjukkan cara-cara hasilkan bekas pensil dari buku latihan lama. 


Langkah 1

Ukur panjang buku dan bahagikan mengikut ketinggian yang di kehendaki-potongkan dengan pisau -Norzi guna sebuah buku latihan, jadi tempah letak pensil ini dihasilkan dari kertas.

Langkah 2

Tetapkan ukuran diameter yg di kendaki. Pastikan konsisten sizenya untuk kesan keseragaman.- Gunakan loytape untuk lekatkan dari hujung  ke hujung buku agar tidak terbuka.

Langkah 3

Balutkan dengan sebarang kertas. Memandangkan Fatimah ada kertas lebihan lama , jadi balutan luarnya menggunakan kertas balut kilat. Nampak seperti tin!

Langkah 4

Gamkan di atas lapik keras. Fatimah menggunakan frame lama sebagai tapaknya . Gam UHU digunakan untuk melekatkan antara satu sama lain.






Oleh sebab guna buku, hanya perlu potong buku kepada 3 hingga 4 bahagian bergantung kepada ketinggian buku. Kemudian potongkan.






projek dari bahan terbuang bekas pensil
projek bekas pensil dari bahan terbuang

Terhasillah tempat letak pensel dari bahan terbuang. Kami sangat suka dengan hasilnya!




pencel stand project from a book


Akhirnya , selesai tanggungjawab Fatimah untuk hasil kerja yang sangat menuntut ketekunan, kesabaran, kekreatifan yang tinggi~ dan seperti biasa kerja-kerja, semestinya dibawah pemerhatian dan pemantauan Norzi :).


Keesokannya, Fatimah bawa ke sekolah dengan hati berbunga-bunga sebab bekas penselnya dah siap dengan memenuhi spesifikasi seperti yang cikgu beri. Fatimah tak sabar nak hantar... sebelum tidur asyik tenung bekas pensilnya.. esoknya bila balik rumah Fatimah maklumkan dah dapat markah 88% untuk hasil kerjanya. Alhamdulillah..


Semoga penulisan in bermanfaat!


TEMPAT LETAK PENSEL DARI BAHAN TERBUANG







No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...