Followers

Sponsored Advertisement

.

TIPS CARA MENANAK NASI


Asam pedas ikan kembung mudah dan sedap


Nasi adalah makanan yang penting dalam kehidupan kita, iaitu makanan ruji orang Asia. Sebut sahaja nasi , mesti anda terbayangkan beras yang perlu dibasuh dahulu kemudian di tanak ... selepas di tanak,  membangkitkan aroma nasi. 


Resepi spaghetti carbonara pedas mudah dan sedap


Menanak nasi walaupun di lihat mudah , tetapi ianya menuntut teknik dan petua tertentu untuk memberikan rasa enaknya nasi tanpa rasa keras atau terlalu lembik. Macamana nak tanak atau masak nasi yang betul? Di sini Norzi kongsikan petua ini yang mana idea asal diperoleh dari penulisan di Utusan, berkaitan dengan teknik menanak nasi. Walaupun topik ini  sangat asas tetapi percayalah ada di antara kita terutama yang baru hendak belajar memasak, perlukan petua ini.


Masak lemak udang cili api dengan kacang panjang



Norzi masih ingat lagi, kali pertama Norzi menanak nasi ketika berusia 10 tahun , di ajar oleh mak Norzi cara -cara memasak dan menyukat air dengan menggunakan ruas jari. Sementara suami Norzi memasak kali pertama semasa di universiti dan beliau tidak menambah air ketika menanak , natijahnya nasi yang di tanak tidak masak-masak walaupun selepas dua tiga jam.. lihat, betapa pentingnya mengetahui teknik , walaupun hanya sekadar menanak nasi..kedengaran simple, tetapi boleh mengundang masalah jika tidak diketahui tekniknya. Norzi sendiri pun sebelum ni pernah menanak nasi terkeras atau terlalu lembik. Oleh itu, suka Norzi kongsikan dengan anda ilmu menanak nasi yang betul terutamanya kepada mereka yang baru hendak belajar menanak nasi. Perkara-perkara asas yang perlu diketahui agar nasi yang ditanak adalah hasil terbaik. 

Resepi daging blackpeepper mudah dan seanang



nasi putih karbohidrat
Nasi putih makanan ruji orang Asia

Tips menanak nasi :
Elakkan menggunakan periuk manual. Zaman sekarang lebih mudah menggunakan periuk elektrik. Tetapi hati-hati jika didapati tiada elektrik di rumah , maka anda perlu juga tahu sedikit sebanyak cara menanak menggunakan dapur manual.



rice cooker
Periuk nasi memudahkan proses menanak nasi
Periuk nasi ini sama seperti periuk nasi Norzi

Basuh beras terlebih dahulu. Selepas itu masukkan air mengikut sukatan yang tepat bergantung kepada jenis beras yang anda gunakan. Biasanya contoh sukatan adalah mengikut ruas jari atau pot beras , tetapi ianya sangat subjectif kerana pada masa sekrang beras yang pelbagai mempunyai perbezaan ketara dari segi keperluan airnya. Contohnya ada jenis beras yang 2 pot beras , 2 pot air. Tetapi sekali lagi masih bergantung kepada jenis beras... Mana beras yang jenis lembik. boleh buat 2 pot beras , 1.5 pot air. Anda perlu kenalpasti beras anda kategori apa.

Untuk menanak nasi menggunakan rice cooker atau periuk elektrik, pasangkan elektrik, tekan butang dan tunggu sehingga selesai menanak. Periuk elektrik mempunyai masa menanak yang telah disetkan , jadi sangat mudah kerana jika anda terlupa pun tidak menjadi masalah.


Tetapi jangan buat main jika menanak dengan menggunakan periuk di atas dapur yang ada api atau menggunakan kayu. Anda kena kerap pantau selain bermain api yang perlu  dikecil atau dibesarkan api mengikut kesesuaian dan perlu di tutup dengan tutup periuk. Setelah itu, tanakkan sehinggal lebih kurang  7- 10minit bergantung kepada keadaan kuantit nasi yang di tanak, supaya airnya betul-betul kering. Kemudian  apinya boleh di tutup. 

Nasi bolehlah dinikmati sekiranya butiran nasinya telah memadat dan tiada lagi lekitan air pada nasi. Tip yang paling senang adalah dengan melihat jika nasi itu telah lekang dari dinding periuk. Tambahan tentang teknik menanak nasi dipetik dari Utusan.


Sukatan air dan beras
Sukatan air yang betul untuk menanak nasi memang persoalan yang memeningkan kerana jika sukatan airnya terlebih atau terkurang maka nasi yang ditanak akan menjadi lembik atau mentah.

Sebenarnya setelah beras dibasuh dan diletak air, anda hanya perlu meletakkan jari telunjuk atau hantu anda di atas permukaan beras. Inilah yang di praktikkan oleh nenek  dan ibu kita sejak dahulu.Sukat air sehingga mencecah ruas jari pertama anda dan ia menandakan sukatan airnya sudah mencukupi. Pasti nasi yang ditanak peroi dan elok masaknya.

Anda boleh juga menggunakan sukatan cawan, jika satu cawan beras yang digunakan adalah bersamaan dengan 1¼ cawan untuk airnya. Sekiranya anda menanak nasi yang banyak, saya lebih suka mencadangkan anda menyukat dengan sukatan cawan.

Sukatan air dengan jari hanya bersesuaian untuk kuantiti beras yang sedikit. Berbeza pula dengan beras beriani sukatan airnya adalah bersamaan dengan sukatan beras. Sekiranya 1 cawan mangkuk beras adalah bersamaan 1 mangkuk sukatan air juga.

Nasi peroi
Nasi yang peroi tandanya nasi itu telah ditanak dengan sukatan dan teknik yang betul. Anda perlu mengikut sukatan air yang betul dan sekiranya nasi itu telah kering biarkan seketika beberapa minit. Kemudian, buka tudung periuk dan kais serta gembur beras itu.

Gembur nasi itu seketika sahaja kerana khuatir nasi akan hancur pula nanti. Cara ini akan mengurangkan lekatan pada nasi di dalam periuk apabila ia mengeras nanti jadi nasi akan peroi selepas masak.Tutup semula dan biarkan lebih kurang 10 minit dan anda akan dapati nasi itu kering dengan elok dan bolehlah disenduk untuk dimakan.

Tip nasi tidak cepat basi
Pastikan beras dibasuh bersih dan airnya hampir jernih. Ini akan melambatkan nasi menjadi cepat basi. Orang tua-tua pernah berpesan  jika beras yang dicuci tiga kali ia lebih bersih. Jangan lupa berselawat dan bila hendak memasak mulakanlah dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Jika ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, simpanlah nasi di dalam peti sejuk kerana lebihan itu boleh dicampur kembali apabila menanak nasi nanti.Lebihan nasi yang disimpan juga boleh digunakan untuk membuat nasi goreng tetapi nasi itu tidak terlalu lembik kerana nasi yang terlalu lembik tidak sesuai untuk dibuat nasi goreng.


Nasi goreng antara menu yang dibuat bagi lebihan nasi goreng


No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...