Followers

Sponsored Advertisement

.

CARA MENGENDALI MAKANAN


INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

Dalam kehidupan seharian, memakan makanan berkhasiat adalah penting untuk mendapat bekalan tenaga bagi meneruskan kehidupan dengan melakukan ibadah, aktiviti persekolahan, pekerjaan , bersukan dan semua aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga. Oleh itu , ini membuktikan mengambil makanan berkhasiat adalah penting, dan sangat mustahak untuk mengendalikan makanan dengan betul. Untuk mengendali makanan dengan betul pula, ilmu pengendalian makanan di perlu dituntuk agar kita faham tentang perkara yang 'boleh' dan 'tidak boleh' dilakukan. Di dalam entri ini, Norzi kongsikan info berguna tentang pengendalian makanan yang telah dikongsikan oleh rakan lain di group wassap. Banyak perkara kita lihat mudah tetapi yang mudah itu kadang kala boleh meninggalkan kesan yang besar. Oleh itu, sila baca beberapa point penting agar proses mengendali makanan kita menjadi lebih berkualiti.


Pengendalian makanan sangat penting untuk mengelakkan mengambil makanan basi

Petua mengendali sayur mentah

Antara makanan yang tidak perlu di masak, boleh terus di makan adalah sayur mentah atau ulam. Sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh, daun kesum, daun serai wangi, pegaga dan lain-lain yg dibuat ulam...yakni tidak dimasak, perlu direndam terlebih dahulu dengan air garam untuk mengelakkan daripada jangkitan virus e.coli.


khasiat taugeh
taugeh


Membeli ayam segar
Jika anda ingin membeli  ayam mentah , digalakkan membuat belian pada waktu pagi ini kerana bakteria pada ayam masih sedikit...sekiranya ayam di beli pada waktu tengahari , pastikan anda terus mencuci ayam tersebut setiba di  rumah dan masukkn ke dlm peti sejuk beku sebelum dimasak. Ini bertujuan untuk matikan bakteria. Selain itu, perlulah memasak ayam dengan sempurna dengan kadar kepanasan mendidih . Perlu di ingat , jika tidak cukup panas / masak, bakteria tidak akan mati, malahan akan bertambah buruk kerana bakteria boleh aktif semula apabila makanan itu sejuk.


Tips pengendalian makanan

Sekiranya makanan anda telah sejuk, pastikan anda memanaskan makanan setelah sejuk. Jangan makan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam. Panaskn sehingga mendidih.


                     
Pastikan masakan anda benar-benar mendidih untuk mematikan kuman

Tips : Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mempunyai bakteria dari peluh ditangan kita.

TIps : Elakkan telur separuh masak kerana telur separuh masak mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak. Pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.



Telur baik untuk kesihatan , pastikan pengendalian dan cara memasaknya adalah betul 
credit gambar : sumber 


Makanan sejuk beku seperti nugget, ayam goreng segera, daging burger , sosej, perlulah digoreng segera terus selepas keluar dari peti sejuk beku. Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana ini akan mengundang bakteria. Pastikan digoreng dalam minyak yang betul-betul panas. 





Nugget perlu segera di goreng dalam minyak yang panas

credit gambar : sumber





Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95% epnyakit berjangkit di dalam rumah berpunca dari tukang masak. Disebabkan itulah , tukang masak yang berniaga perlu mengambil suntikan vaksin bagi mengelakkan dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain. 






Bukan sahaja tukang masak perlu bersih dan kemas, malahan dapur yang kemas juga adalah sangat penting dalah urusan penyediaan makanan

credit gambar : sumber

Pastikan makanan dan minuman dalam di dalam tin di basuh terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mengelakkan kencing tikus pada tin.



Jika anda makan dikedai, pastikan basuh atau lap sudu terlebih dahulu. Jangan gunakan sabun tongkol yg disediakan di kedai makan, sebaiknya gunakan pencuci cecair. Adalah lebih baik dan digalakkan untuk membawa bersama pencuci tangan anda sendiri. Ingatlah bahawa penyakit berjangkit berpunca dari makanan.






Pastikan tangan anda sentiasa bersih. 

Credit gambar : sumber




Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...elakkan membeli jika ayam tersebut telah sejuk atau telah siap di potong. 


Pastikan papan pencincang ayam daripada plastik. Elakkan papan cincang kayu kerana dikhuatiri serbuk kayu mungkin melekat pada ayam dan daging yang dicincang. 


Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk mengelakkan pengaktifan sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin. 



Di kongsikan - diperolehi dari group whatsapp.






No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...