Followers

Sponsored Advertisement

.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR

Assalamualaikum,
Syukur dengan nikmat Allah yang Maha Pemurah.

Pengumuman keputusan yang menggembirakan. Norzi mencari masa dan ruang untuk meng'entri'kan kegembiraan di atas pencapaian anak Norzi , Fatimah Azzahrah  Razali di atas keputusan di dalam peperiksaan UPSR dan PSRA tempohari. Entri ini khas untuk merakamkan detik indah anugerah NYA. Terima kasih ya Allah. Sebagai seorang ibu, tiada kata-kata yang dapat Norzi diungkapkan untuk menggambarkan kegembiraan ini. 




Keputusan telah ada di tangan guru, hanya menunggu masa untuk mengumumkan keputusan.



Pengumuman keputusan UPSR 2015 2016

Pelajar yang mendapat 5A di umumkan dan dikumpulkan di hadapan untuk mengambil slip peperiksaan dan sessi bergambar. Saat yang mendebarkan bila guru mengumumkan sebanyak 39 nama yang berjaya mendapat 5A dari Sekolah Putra Perdana 1.
6




Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, tidak mengapa, masih ada peluang selepas ini. Teruskan berusaha , dan berikan yang terbaik.







Tahniah sekali lagi buat Fatimah Azzahrah dan semua anak - anak yang telah mengambil peperiksaan UPSR. 

Di kesempatan ini, Norzi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membimbing anak Norzi. Jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih semua guru-guru,kalian memang terbaik!


Jazakallah.
Norzi





No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...