Generasi anak Norzi yang pertama dah berlalu .. kini anak kedua pula yang akan belajar macamana nak buat lukisan dan mewarna. Kalau tak tunjukkan , memang perlu masa yang lama. Melukis dan mewarna ni sangat mudah, tips melukis yang Norzi nak share adalah bila memulakan melukis, ianya perlu la di lukis mengikut proportion yang betul, melukis dengan ringkas dan mewarna dengan kemas.
Untuk ajar anak melukis, pertama sekali kita tunjukkan lukisan yang ringkas terlebih dahulu. Jadi anak dapat melihat proses sebenar melukis. Biasanya mengambil masa 5- 10 minit sahaja sehingga selesai mewarna keseluruhan gambar. Darjah 1, 2 , 3, 4 ,5 dan 6 semuanya masih mudah . Kecualilah memerlukan lukisan wajah manusia ke... yang itu memang surrender la Norzi pun tak berbakat. Setakat conteng conteng ni boleh la kan ...Ok belajar basic untuk anak Norzi. Langkah pertama, Kenalpasti objek yang hendak di hasilkan. Oleh sebab cikgu Razin dah bagi subjek buat epal dan limau, maka terus je la fokus pada lukisan dua buah ni. Lukis atau sketch dengan proportion seringkas mungkin.
Keluar kan warna , mulakan mewarna tanpa menekan
Ulang mewarna sehingga 2-3 lapisan .Lukiskan garisan tebal pada objek (bahagian tepi lukisan agar lukisan lebih bold). Eh dah siap dah. Tak sempat snap step by step mewarna .. sebab ajar anak pun kadar pantas ..
Untuk rujukan, Norzi hasilkan satu dahulu yang sempoi ni . Sebab nak cepat. Just nak tunjukkan pada anak proses. Jadi dia ingat step dan cara pegang warna , pilih warna ... ni tak berapa hasilnya tapi letak juga la kat sini dari terperap dalam disk.. just nak share..mungkin ada yang memerlukan nak tengok..Walaupun hasilnya tak seberapa, tapi Norzi ajar anak dengan gabungan teknik melukis yang super senang... anak-anak InsyaAllah terus suka melukis dan mewarna.
Siap! Terhasil sudah dua lukisan. Satu Norzi tunjukkan , Norzi hands on sampai siap. Satu lagi anak Norzi hasilkan, dan dia perlu hands on- melukis dan mewarna . Biasanya Norzi memang akan hasilkan dua untuk perbandingan. Kalau ada banyak masa, Norzi akan minta anak Norzi buat lagi satu tanpa Norzi bimbing..Berlatih dan berlatih adalah lebih baik :).. InsyaAllah mereka sangat fast learner dan enjoy exploring aktiviti melukis dan mewarna. Semoga anak-anak di luar sana pun enjoy learning.
lukis Potret belajar melukis potretMelukis game melukisMelukis kursus melukis
Melukis melukis pemandanganMelukis peralatan melukisMelukis alat melukisMelukisgames melukisMelukis teknik melukisMelukis tempat melukisMelukis melukisMelukis teknik melukis pemandanganMelukis melukis sendiri
Melukis bahan melukisMelukis proses melukisMelukis kelas melukisMelukis panduan melukisMelukis melukis kucingKeywords like: Cara Menggunakan Cat Minyak
No comments:
Post a Comment