Bagaimana membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan dan keputusan terbaik dalam peperiksaan. Sebagai ibu bapa, kita sentiasa mencari ruang kearah kebaikan untuk diri sendiri dan anak-anak. Begitu juga dalam peperiksaan, peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM menuntut perhatian dan komitment bukan sahaja anak-anak, malahan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menrealisalikan impian dengan memberikan sokongan moral dan persediaan fizikal , mental dan rohaniah. Jom baca tips bagaimana untuk kita bantu anak supaya mereka lebih cemerlang dalam peperiksaan.
Dikongsikan tips dari PROF. MADYA DR. RUSINAH SIRON KOLEJ PENGAJIAN SISWAZAH UNITEN
WALAUPUN telah lebih dua minggu keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) diumumkan, perasaan gembira, sayu dan hiba ibu bapa masih dirasai, khususnya mereka yang mengiringi kejayaan atau kegagalan anak masing-masing.
Gambar yang menghiasi dada-dada akhbar memaparkan reaksi anak, ibu bapa dan guru-guru yang meraikan kejayaan PMR memberi impak positif.
Ini ditambah pula oleh gambar-gambar pelajar dari kumpulan mereka yang kurang berada, cacat anggota selain mereka yang perlu mengharungi pelbagai kepayahan dan kesusahan, tetapi masih mampu menjana kecemerlangan dalam pelajaran.
Sekalung tahniah kepada keluarga-keluarga tersebut dan anak-anak yang berjaya dalam PMR!
Saya yang juga mempunyai anak perempuan mendapat keputusan PMR 8A baru-baru ini, turut merasa gembira dan terharu dengan kejayaan anak-anak orang lain.
Saya amat memahami pahit manis ibu bapa dalam memastikan pengurusan diri dan masa anak-anak yang menduduki peperiksaan selari dengan kehendak dan keperluan pendidikan.
Pengorbanan ibu bapa memang tiada tandingnya dan akan menjadi tunggak utama menjana kejayaan anak-anak dalam pendidikan.
Saya juga percaya aspek fizikal, sosial dan spiritual menjadi dimensi utama dalam memastikan pendidikan anak-anak cemerlang.
Berdasarkan pengalaman dan penilaian dalam sama-sama mengharungi pendidikan anak-anak yang menduduki peperiksaan, izinkan saya berkongsi panduan kepada ibu bapa dalam memastikan pendidikan anak- anak terus menuju ke puncak jaya:
1. Aspek Fizikal - Pastikan keadaan tempat tinggal selesa dan memberi ketenangan untuk anak-anak belajar.
Selesa bukan bermakna rumah besar dan mewah bergaya, tetapi aspek kebersihan rumah, susun atur perabot dan suasana persekitaran kejiranan membantu suasana kondusif anak-anak untuk belajar.
Ibu bapa sediakan ruang belajar yang kondusif untuk anak - anak |
Sediakan bilik belajar yang baik untuk anak-anak dengan buku-buku rujukan, majalah dan pelbagai bahan bacaan.
Sediakan bajet untuk anak-anak tuisyen (jika mampu) atau home tuition jika ada wang lebih.
Belilah buku-buku rujukan dan prasarana pelajaran yang menjana minat anak-anak membaca dan mengukir idea dalam pembelajaran.
Lupakanlah seketika kereta baru, perabot baru, percutian mewah bagi tahun anak-anak yang menduduki peperiksaan.
Utamakanlah aspek fizikal rumah, makanan berkhasiat, urusan buku-buku dan alatan persekolahan agar anak-anak rasa sentiasa didorong dan disokong kuat oleh ibu bapa.
2. Aspek Sosial - Limpahi kasih sayang pada anak-anak secara positif dan proaktif dengan melibatkan diri dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, bergaul mesra dengan guru-guru dan ibu bapa lain serta kawan-kawan anak-anak kita.
Jangan sekali-kali menengking, memarahi dan memukul anak-anak jika mereka gagal dalam ujian dan sebagainya serta membanding-bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Sikap kita sebagai ibu bapa yang positif dan proaktif akan menjana kemahiran dan daya saing anak-anak kita untuk menjadi produktif dan progresif dalam pelajaran mereka. Insya-Allah keluarga bahagia, anak akan berjaya!
3. Aspek Spiritual - Aspek ini amat penting dalam merangkumi kesemua dimensi yang menjadi cabang kejayaan dalam pelajaran anak-anak. Bersama-sama solat jemaah, membaca Yasin, solat hajat dalam satu ukhuwah kekeluargaan amat merangsang minda positif ibu bapa dan anak-anak ke arah kejayaan.
Bacalah al quran , penawar hati mu |
Anak-anak memohon restu redha ibu bapa dalam menjalani kehidupan dan pelajaran dan ibu bapa memberi restu mereka pada anak-anak setelah selesai sesi jemaah dan solat bersama ahli keluarga.
Anak-anak akan merasa bahawa segala jasa dan pengorbanan dan restu ibu bapa akan sentiasa mengiringi mereka dalam kehidupan dan akan melakukan yang terbaik untuk menggembirakan ibu bapa.
Sekali lagi tahniah kepada anak-anak yang berjaya dalam PMR dan juga kepada ibu bapa yang mampu menjana kecemerlangan anak dan keluarga.-
Doa ibu bapa untuk anak menghadapi peperiksaan
Sumber Doa ibu bapa untuk anak-anak yang menhadapi peperiksaan
Bagaimana meningkatkan pencapaian akademik anak?
Petua Ibu Bapa Bantu Anak Hadapi Peperiksaan
Video rujukan pembentangan / presentation
No comments:
Post a Comment