Assalamualaikum. Dah 2 minggu start kerja , hari ni baru je ada peluang upkan apa yang telah ditulis sekian lama.., tetapi masih dalam sedang proses berpantang makanan, dan tidak banyak bergerak. Baru ada semangat nak update pasal keguguran 2 minggu lalu, sebelum tibanya Ramadhan. Satu ujian dan pengalaman baru dalam hidup ni bila keguguran pada usia 10 minggu kandungan. Terima kasih ya Allah , atas semua nikmat yang diberikan sepanjang hayat ini.
First thing first, tq sangat to hubby, menjaga dengan penuh kasih sayang hihi. Sejak anak pertama, hubby sentiasa menjadi orang penting untuk urusan berpantang selepas bersalin..Semoga Allah melimpat gandakan pahala dan rezeki untukmu dan nikmat dunia akhirat..
Kebetulan masa Norzi keguguran ni, hampir cuti sekolah , anak-anak pun ada di rumah memang meriah dengan kerenah anak-anak...
Alhamdulillah , proses berpantang keguguran berjalan dengan lancar. Just nak share cara berpantang orang keguguran ni.. tak pasti la tepat sangat ke tak , kalau terbaca, yang baik - baik boleh la ikut, agak-agak tak berapa baik jangan ikut ya... Norzi share ni melalui pengalaman sendiri.
Dari segi pakaian, Norzi kenakan pakaian yang berlengan panjang, jenis 100% cotton, memeri, supaya sentiasa selesa dan juga material ni jenis menyerap peluh . Sepanjang proses berpantang Norzi kenakan stokin dan juga skirt.
Norzi ada banyak koleksi skirt. Macam macam jenis dan warna , maklumlah Norzikan menjual pakaian muslimah, jadi Norzi memang mempunyai koleksi dan suka sangat kenakan skirt labuh kerana sangat selesa dan menutup kaki berbanding pakai kain batik. Norzi tak berapa pandai pakai kain batik asyik nak terlucut je , jadi kita pakai la skirt yang paling selesa , siang malam Norzi berskirt . Untuk dua minggu pertama berpantang lepas gugur, Norzi kenakan baju panas supaya badan sentiasa panas, macam orang bersalin je gayanya. Kaki pakai sarung / stokin ... sapu minyak panas sebelum pakai stokin.
Kepada yang akan atau sedang berpantang , selamat berpantang ... Ingat, bertabah dan bersabarlah menempuhnya kerana tempohnya hanya seketika.
First thing first, tq sangat to hubby, menjaga dengan penuh kasih sayang hihi. Sejak anak pertama, hubby sentiasa menjadi orang penting untuk urusan berpantang selepas bersalin..Semoga Allah melimpat gandakan pahala dan rezeki untukmu dan nikmat dunia akhirat..
Kebetulan masa Norzi keguguran ni, hampir cuti sekolah , anak-anak pun ada di rumah memang meriah dengan kerenah anak-anak...
Anak anak yang sentiasa menceriakan dan sentiasa dalam ingatan.
Alhamdulillah , proses berpantang keguguran berjalan dengan lancar. Just nak share cara berpantang orang keguguran ni.. tak pasti la tepat sangat ke tak , kalau terbaca, yang baik - baik boleh la ikut, agak-agak tak berapa baik jangan ikut ya... Norzi share ni melalui pengalaman sendiri.
Contoh wajah orang sihat dan ceria... mudah mudahan sentiasa ceria dan sentiasa di bawah rahmat NYA
Dari segi pakaian, Norzi kenakan pakaian yang berlengan panjang, jenis 100% cotton, memeri, supaya sentiasa selesa dan juga material ni jenis menyerap peluh . Sepanjang proses berpantang Norzi kenakan stokin dan juga skirt.
Norzi ada banyak koleksi skirt. Macam macam jenis dan warna , maklumlah Norzikan menjual pakaian muslimah, jadi Norzi memang mempunyai koleksi dan suka sangat kenakan skirt labuh kerana sangat selesa dan menutup kaki berbanding pakai kain batik. Norzi tak berapa pandai pakai kain batik asyik nak terlucut je , jadi kita pakai la skirt yang paling selesa , siang malam Norzi berskirt . Untuk dua minggu pertama berpantang lepas gugur, Norzi kenakan baju panas supaya badan sentiasa panas, macam orang bersalin je gayanya. Kaki pakai sarung / stokin ... sapu minyak panas sebelum pakai stokin.
Baju panas, stokin , skirt , baju memeri , serap peluh dan selesa
Bila dalam pantang tentulah masakan orang berpantang lain dari orang sihat. Walaupun berpantang sendiri, ada baiknya jika kita jaga diri kita kerana badan kita nak pakai lama , selagi hayat di kandung badan, jadi kita berilah sedikit ruang dan peluang untuk badan kembali pulih sediakala seperti sebelum melahirkan, iaitu badan yang sihat dan kembali bertenaga. Jangan banyak bergerak ... itu kata mak, tapi kali ni Norzi pun banyak bergerak .. kerana terpaksa . Banyak perkara menuntut pergerakan keluar rumah. Tapi Norzi hanya duduk dalam kereta dan tidak banyak bergerak dalam dua minggu pertama. Tambahan pulak masa tu bahagian belum sembuh betul.
Banyak nak cerita tentang makanan ketika berpantang dan menu-menu berpantang selepas bersalin. nanti Norzi share dalam entri yang lain untuk menu berkaitan. Tetapi yang paling penting ibu berpantang kena elakkan makanan berbisa contohnya ikan pari, ikan keli,dan ikan terubuk. Selain itu elakkan juga makanan sejuk darn pokok menjalar seperti timun dan juga makanan yang berangin seperti sengkuang dan lain lain. Itu normal rasanya. Kalau degil juga , kita kena tanggung risiko sendiri kerana ianya boleh sebabkan kita kancing gigi atau bentan jika badan tidak boleh terima. Kita tidak tahu alahan badan terhadap makanan sehinggalah melanggar pantang nanti baru kita tahu. Walaupun Dr. terlatih tidak percaya kepada pantang, tetapi kita ikut la budaya mak dan nenek yang dah lama amalkan. Tak pasti para pengamal perubatan moden atau Doctor punya definasi berpantang. Tetapi berilah perhatian dan berpantang la dengan dedikasi kerana ianya akan memberikan kebaikan kepada diri kita juga pada masa panjang.. jangan ambil risiko!
Psst.. tapi berpantang gugur kali ni Norzi ada juga keluar dinner seisi family, kira Norzi temankan anak-anak nak makan macam macam. Biasala , Fatimah jarang ada di rumah, jadi kalau dia balik rasa rindu nak makan sama-sama, have fun sama -sama , jadi entertain la makan yang dia nak , lagipun dekat je dengan rumah. Antara food yang Norzi order adalah ayam grill black paper.. macam dalam gambar cuma kentangnya memang tak makan, Norzi makan ayam dan black paper sauce aje.

No comments:
Post a Comment