Followers

Sponsored Advertisement

.

MASAK LEMAK CILI API IKAN KEMBUNG

Assalamualaikum ... kelmarin balik dah terfikir lama nak masak lemak cili api ikan kembung. Biasanya malam makan simple je sebab dah malam tak banyak aktiviti jadi makan kena la sikit sahaja.. tapi malam semalam teringin nak makan masak lemak ... Jadi norzi dah defrost ikan kembung siap siap. masak tiga ekor je sebab makan untuk 4 beranak je , yang kecik tak pemakan sangat pada masa ni... dan lauk pauk kami suka habis kan ..

Ikan kembung masak lemak cili api
Masak lemak ni kegemaran anak lelaki .. suka sangat lauk berkuah. Norzi ok je suka je ... husband kurang sikit , dia suka goreng goreng je .kalau ikan kembung ,  goreng je dan patah cili dan kuah kicap + minyak bekas goreng ikan tu sikit dan perahkan limau ..makan ngan nasi panas memang me


Bahan-Bahan
3 ekor ikan temenung / kembung (saiz kecil)
Santan kotak kecil , pakai 1/4 kotak shj
3 ulas bawang merah - blend
2 ulas bawang putih - blend
6 biji cili padi - tumbuk kasar
1 btg serai - dititik
1 inci kunyit hidup - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (tambah lagi sikit sebab nak bagi kuning lg)
2 cwn air panas (ikut kesesuaian)
3 helai daun limau purut
1 biji tomato belah 6
Garam


Cara-Cara
Gorengkan  ikan, ketepikan 
Tumiskan bawang yang dah dikisar, masukkan cili dan kunyit yang ditumbuk, serai
Masukkan santan
Api jgn terlalu kuat, dan pastikan santan tak pecah minyak. Masukkan air panas .
Kacau mendidih, Masukkan ikan, daun limau purut
Bila dah mendidih , dan masak elok , tomato
Perasakan dengan garam secukupnya.
Padamkan api.
Sedia untuk dihidang




Siap masak lemak cili api ikan kembung.

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...