Followers

Sponsored Advertisement

.

CEKODOK @ JEMPUT PISANG SEDAP DAN MUDAH



Resepi Cekodok Pisang Rangup di luar Lembut Didalam Sedap dan Mudah 

Salam.. Hai semua.. Hari ini Gee nak share bagaimana Gee memasak cekodok atau  jemput jemput pisang. Pisang ini Gee dapat dari jiran dua tiga hari lalu, dan semakin masak ranum. Pisang ni kalau lagi ranum, sangat manis memang sesuai sangat dibuat cekodok. Punya lama tak makan cekodok , terasa sedap nikmatnya masak cekodok kali ini yang rangup di luar dan lembut di dalam.

walaupun di luarnya berwarna hijau, tetapi pisang ini telah pun masak.Jadi sangat sedap di buat cekodok kerana pisang telah masak ranum. 


Kami suka cekodok yang rangup di luar dan lembut di dalam. Dan resepi ini memang sedap , rangup di luar dan lembut di dalam.

Pisang ini diberikan oleh jiran. Terima kasih jiran atas pemberian. Abis licin cekodok , semua suka sangat di rumah ni. Nampaknya hujung minggu nanti kena beli pisang untuk buat cekodok lagi. 

Jom tengok resepi dan cara cara membuat nya. 


RESEPI : Cekodok @ Jemput Pisang Sedap Dan Mudah I Tiga Beradik 

Bahan-bahannya
8 biji pisang ( Boleh pisang apapun, gee guna pisang yang jiran beri)
1/3 sb gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum (adjust sebab bergantung kepada size pisang, kalau pisang kecil mungkin 1 cawan dah cukup)
1/4 camca teh garam halus
3/4 camca teh soda bicarbonat (gee tiada stok , jadi tak letak, hasilnya tetap sedap)
Sedikit baking powder
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan baking powder hingga hancur. 
Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Biarkan sebentar
Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. 
Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. 
Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap.





Ceko
===========================

RECIPE: Cekodok @ Banana Fritters Delicious And Easy I Tiga Beradik (Three Siblings)

The ingredients
8 banana seeds (Can any banana, gee use bananas that neighbors give)
1/3 tbs sugar
1 1/2 cups of wheat flour (adjust depending on the size of the banana, if the banana is small  1 cup should be enough)
1/4 teaspoon of fine salt
3/4 teaspoon of bicarbonate of soda ( I did not use this, however the result is fine and delicious)
A little baking powder
Oil for frying

How to cook
Peel a banana, mash together with sugar, salt and baking powder. Mix well
Add the flour and mix well again. Leave it for a while
Preheat the oil to medium heat.
Fry until dark golden yellowish/brownish.
Place on a paper towel and let the oil absorb.

#cucurpisang  #cekodokpisang  #cekodok  #resepicekodoksedap  #cekodoksedapdanmudah  #bananaflitters

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...