Followers

Sponsored Advertisement

.

RESEPI : IKAN JENAHAK MASAK HITAM

Assalamualaikum semua.. cak!  

Korang cari resepi ikan jenahak? sepanjang PKP Gee ada beberapa kali order ikan jenahak. Beberapa kali masak , tapi kali ini Gee rakam kan untuk rujukan dan perkongsian bersama. 

Walaupun nama resepi ikan jenahak balado bunga kucai, tapi Gee nak share dua resepi . Satu lagi adalah Resepi Ikan Jenahak masak hitam. Kita pelbagai kan resepi . Kalau ibu ibu nak simpan resepi untuk masuk dalam list menu keluarga, boleh terus tengok cara masakan step by step di sini , memang mantul lah orang cakap. 

Masak nasi kena lebih sikit sebab semua kemain laju makan ikan jenahak masak hitam . Agak agak takda masa, jenahak goreng cicah dengan kicap dan cili api dan perah lemon sikit pun dah nikmat. makan dengan nasi putih , memang terangkat .


 Kepingan ikan jenahak yang digorengkan terlebih dahulu

Tetapi kalau ada masa boleh la buat resepi ikan jenahak masak hitam ni, istimewa dari dapur Gee. Gambar di bawah adalah hasil masakan ikan jenahak. 





Lepas tengok gambar ni, korang percaya tak yang hasil masakan ikan jenahak masak hitam ni sememangnya lazat dan enak. 

Ikan jenahak ini terbaik rasanya . Walaupun harganya sedikit mahal berbanding ikan ikan lain di pasaran, tetapi ianya berbaloi dengan kualiti ikan.  

Untuk memasak resepi ini, detail bahan bahan, tutorial / cara masakan, sukatan dan lain lain ada di letakkan di dalam video ikan jenahak seperti di bawah. Click untuk tonton kerana resepi ini betul betul sedap. Rugi kalau tidak cuba. Lepas korang tengok , boleh bagi like and subscribe.. sayangggg kat korang ketat ketat. 

Actually video ni Gee baru upload ye, just uploaded tahun 2020 June.


Resepi : Ikan Jenahak Masak Hitam Mudah dan Senang I Tiga Beradik



Resepi Ikan Siakap TIga Rasa Mudah dan Senang I TIga Beradik



Resepi Ayam Panggang Menggunakan Air Fryer I Tiga Beradik



Resepi Asam Pedas Sedap Dan Simple I Tiga Beradik



Resepi Rahsia Macamanca nak Dapatkan Telur Dadar yang Gebu dan Sedap I Tiga Beradik



SETERUSNYA... Jom kita tengok resepi ikan Jenahak yang kedua

 RESEPI IKAN JENAHAK BALADO BUNGA KUCAI
resepi ikan jenahak berlado sesuai untuk makan malam dan makan tengahari selera sedao ala kaampung macamana nak masak ikan masak merah

Resepi ikan jenahak berlado dengan bungan kucai

Resepi ikan jenahak macam ni sesuai dijadikan menu makan tengahari atau makan malas. Memang sedap sangat. Kegemaran kami sekeluarga. Kepada yang nak cuba , boleh ikut resepi ni, tapi nampaknya takda sukatan tepat , agak agak la ikut kesesuaian dan selera masing masing ye..

Bahan-bahan:


Ikan jenahak beberapa potong

Cili merah
Cili api hijau
Bawang merah
Bawang putih
Asam keping
Limau kasturi
Bunga kucai
Garam
Gula
Minyak masak
.
Cara-cara:

1. Gaul ikan dgn garam kunyit goreng a bit garing.

2. Blend cili merah, cili api hijau, bawang merah & bawang putih.

3. Tumis bahan blend. goreng smp masak and pecah minyak. masukkan asam keping sikit or perah air limau kasturi. garam gula to taste.

4. Masukkan ikan yg digoreng tadi.

5. Masukkan bunga kucai yg dipotong pendek2. around 2cm. kacau rata. siappp!

.
*boleh jugak buat dgn udang, ikan parang, ikan tenggiri, ikan pelaling. tryla sedap! .

.
Resepi kedua ni kita bg
Kredit resepisyerrykitchen



Nantikan lebih banyak resepi ikan jenahak selepas ini  .

Gee akan videokan menu resepi ini 

RESEPI JENAHAK
Asam pedas Jenahak
Ikan Jenahak Goreng Cili
Ikan Bakar Jenahak
Jenhak masak asam
Kengsom jenahak
Ikan Jenahak Masak Kicap 
Ikan Jenahak masak Steam Lemon
Tom Yam Ikan Jenahak Special
Kari Kepala Ikan Jenahak 
Kari Ikan Jenahak
Masak Gulai Jenahak 
Masak Lemak Jenahak
Ikan Jenahak Masak Asam
Ikan Jenahak Sup 
Ikan Jenahak Masak Lemak Cili Api 
Ikan Jenahak Lada Hitam untuk berpantang


Korang keep following , Gee akan update nanti . Happy cooking everyone!





mee kari simple resepi ay






am black pepper simple ayam black paper simple masak sweet sour simple

No comments:

Post a Comment


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...