Followers

Sponsored Advertisement

.

SALAM AIDILADHA 2012 /1433H DARI NORZI FOODILICIOUS HOUSE


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Norzi dan  keluarga Norzi Beautilicious House mengucapkan 
SALAM AIDILADHA 
kepada semua kenalan, kenalan maya dan 
seluruh umat Islam . Semoga di hari baik ini kita semakin
dekat kepada NYA dan semoga segala sekecil-kecil  pengorbanan yang kita 
lakukan mendapat rahmat dariNYA.
Salam Ukhwah



N O R Z I   B E A U T I L I C I O U S   H O U S E

RESEPI : MASAK SOTONG DAUN KARI

Assalamualaikum.. salam sejahtera.,, lama tak update..sibuk nye rasa... minggu lepas merupakan minggu peperiksaan untuk anak Norzi yang sulung. Jadi sibuk la sikit..sebab nak temankan dia dan tengok la sikit-sikit mana yang patut.. Alhamdulillah periksa dah lepas, lega rasanya , jadi ada la masa sedikit untuk upload entri sepanjang masa bz hari tu. Masak pun ala kadar aje..very ordinary and fast one. Asalkan budak2 dan bapa budak suka kira okla tu :)  hehe. Nak ulang lagi sekali... Norzi masak simple, ringkas dan sangat cepat. Tak abis - abis la kan dengan tema dan konsep ' simple , ringkas dan cepat'.. 


Sotong ni kegemaran anak sulung , dan sekarang anak no 2 , Razin pun suka juga. Kali ini Norzi masak sotong dan kari. Ada lebihan daun kari masa masak ayam goreng beberapa hari sebelum masak sotong ni. Jadi Norzi ambil daun kari untuk dimasukkan sekali dalam masakan sotong, kuat aroma dan rasa bila menggunakan daun kari.

Bercakap tentang daun kari ini, Norzi dapatkan sikit tentang sejarah, khasiat dan kebaikan daun kari. Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia" (source)




Daun kari mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Khasiat daun kari untuk kecantikan dan kesihatan diri adalah seperti berikut:
-Manfaatkan Khasiat Daun Kari untuk kecantikan & kesihatan diri dengan cara yang murah & lebih selamat.
-Minum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.Ia akan melegakan sebarang gangguan dalam perut.
-Makan daun kari secara mentah untuk mengatasi cirit-birit.
-Buat teh daripada daun kari yang kering dan minum airnya.Khasiatnya dapat menambah selera makan dan mengurangkan muntah-muntah.
-Jika terkena patukan ular,minum campuran daun kari yang telah dikisar dengan kunyit mentah dan garam.Ini adalah langkah awal sementara mangsa dibawa ke hospital.
-Untuk kanak-kanak yang mengadu sakit perut,minumlah campuran jus daun kari.
-Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakkan ia sehingga hangus.Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
-Untuk menghilangkan loya bagi wanita mengandung,campurkan campuran jus daun kari dan dua sudu teh jus limau nipis serta sesudu teh gula.
-Untuk menghilangkan sembelit, rendamkan daun kari dengan air panas.Kemudian campurkan dengan madu sebelum diminum. source 

Tengok khasiat dan kebaikan daun kari ni, rasa nak makan ulam daun kari selalu.. tapi daun kari sekarang tak la senang sangat nak dapat.. kena pergi market baru boleh jumpa..masa Norzi kecil-kecil dulu mak Norzi tanam pokok kari di tepi rumah aje. bila nak masak terus petik.. segar dan bersih..dan bebas racun serangga ...




Ok, jom tengok masakan sotong daun kari ni, Norzi masak dalam  Lebih kurang 15 -20 minit termasuk penyediaan dan memasak menu ini. tapi dengan syarat sotong dan defrost terlebih dahulu la ye ... 







Selalunya Norzi akan bersihkan permukaan sotong dengan lapisan kulit warna purple tu kan, bila dah buang , sotong pun jadi putih  bersih :) lepas tu Norzi belah dua , basuh bersih dan toskan ais supaya kering. Darah sotong yang hitam tu Norzi tak ambil sebab bukan nak masak hitam..  Sambil2 panaskan kuali tu tabur garam, serbuk kunyi dan serbuk kari... gaul2 sebati, biarkan kejap. Bila minyak dah panas, boleh masukkan sotong. Masak macam ni sesuai juga buat sotong goreng kalau goreng kering. Tapi sebab norzi nak berkuah sikit, jadi Norzi tambahkan la air sedikit ...sebelum tu Norzi dah masukkan bawang kecik, bawang besar terlebih dahulu.. Tambah sikit sos tiram... dan last sekali masukkan daun kari. baunya walla... harum kari. Itu kalau suka baru daun kari la. Tak semua orang suka bau tu.. kakak Norzi sanggup lapar dari makan kari .. hei pelik ada juga orang macam ni kan,..ada juga species tak gemar kari ni hihi...

So sangat senang kan. sorry tak letak ukuran yang tepat.. ini namanya main campak aje.... sebab Norzi ni masak ikut perasaan hahahah boleh ke macam tu.. tak properly measure pun 


Salam Ukhwah :)

JALAN-JALAN CARI MAKAN : ICE CREAM MAGNUM ALMOND BELGIAN CHOCOLATE

Assalamualaikum.. update sikit pasal ice cream yang sedap ni. texture yang sangat2 halus. Almond yang kasar memang membuatkan kita puas hati sangat makan ice cream ni. Ni la ice cream MAGNUM ALMOND sangat -sangat recommended untuk dicuba . Norzi bukan la penggemar ice cream, zaman kanak-kanak riang dulu memang la suka .. tapi bila dah berumahtangga, semakin matang, selera kita pun dah beralih arah. hehehe  tapi ada satu hari tu, memang boring sangat, so apalagi cari ice cream yang boleh menghilangkan kebosanan hahaha. Belasah aja ambil ice cream ni, alhamdulillah tak menghampakan kerana rasanya yang sangat mewah ..(faham ke istilah mewah ni  aiyakkkk tak tau nak guna terminalogi apa ya) tapi rasanya memang sedap!  


Oleh sebab dah cerita kat anak2 , apalagi diorang pun tentula telan air liur heheeh ..mama cerita tapi tak beli, so balik sekolah last week (wee lama nya baru dapat hupdate hiihi) dia pun makan la ice cream ni dan setuju memang sedap. Harga pasaran RM3.90.



Ni Norzi kasi focus sikit kat ice cream ni..  memang best!  tengok kacang badam nya, memang diletakkan besar2 jadi bila kita kunyah sekali dengan salutan coklat memang s.e.d.a.p!  Alhamdulillah, ada juga pereka rasa makanan yang menemui resepi ais krim lazat ini  . Dalam dunia yang serba maju , canggih dan kehadapan, semua nak ada innovasi termasukla makanan. Terima kasih kepada penemu resepi ini  :) 




RESEPI : BURGER DAGING

Assalamualaikum... lama dah tak update blog weehe... ni express punya update . Pagi tadi sarapan burger goreng aje.. sangat la express :) . Ada yang nak letak dengan roti , tambah mayo dan sos cili je.. mudah , cepat dan sedap :)
Selalunya budak2 suka kukus.. pagi2 selalu papa diorang tolong kukus. tapi mama suka guna flat pan untuk goreng. kira letak je, minyak pun tak letak sebab lepas beberapa minit.. minyak kan keluar dengan banyaknye..






Letak roti ,mayo , sos, salad and tomato , jadi la burger segera. Kegemaran kami.. mudah dan ringkas je sebab lepas tu Norzi dah sibut mengemas dan masak menu lain pulak utk juadah tengahari...  entri ringkas dari Norzi ada kelapangan Norzi muncul lagi nanti . 


salam ukhwah dari Norzi 

RESEPI : AYAM GORENG BBQ BEREMPAH 5 STAR

Assalamualaikum... selamat malam .. just nak share malam semalam dah lewat malam , anak Norzi tak berapa sihat.. tiba2 tengah-tengah malam minta nak makan ayam goreng.. nasib baik ada stok dalam freezer :) . Norzi beli perisa ayam BBQ Berempah brand 5 star. Sebenarnya, niat di hati masa beli hari tu nak beli drummet... tapi terbeli ayam semua bahagian... tapi rasanya memang recommended. Sedap.

Ayam  BBQ Berempah segera brand



Untuk mummy yang tak berapa nak ada masa.. atau nak jadikan ni stok untuk masa kecemasan sangatla sesuai...  kalau masak, make sure minyak betul2 panas tapi api tak besar..supaya ayam masak sampai ke dalam..dan rasanya sedap , takla masak di luar , mentah di dalam.





Ini lah rupa ayamnya bila dah siap di masak... budak-budak memang suka sangat...  kalau nak buat stok silakan ya :)  tapi kalau dapat yang drummet tu memang best, perisa sama saja...cuma bahagian ayam tu yang best.. :)

Salam dari Norzi

NORZI MASUK SEGMENT MARI BERPANTUN OLEH MIALIANA.COM ~

Assalamualaikum... lupa nak publish di sini...saja nak share.. Norzi beli pantun yang kak Mia jual... tapi Norzi publish di NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE .Kalau kawan2 yang belum sempat masuk, dipersilakan la sebabnya masih open sampai 15/10/2012. Seronok sangat beli pantun..sebenarnya, Norzi lama dah tak berpantun... last sekali masa jadi wakil sekolah di Tingkatan 3..  seronok .. tapi masa pertandingan agak  stress sebab masa diberi sangat singkat , dengar soalan je terus draft jawapan... heheehe kalau lambat..alamat loceng la bunyi dulu heheh.. tinggal kenangan semuanya :)... bila tengok kak mia buat  segmen rasa teruja nak masuk...  :)  untuk tengok segment dan syarat2 lain untuk join segment ,boleh klik SINI



JALAN-JALAN CARI MAKAN : BELI MINUMAN DI COOL BLOG !

Assalamualaikum...salam sejahtera...selamat berhujung minggu...update entri semalam... kami pergi sarapan di luar semalam. Tapi decided taknak letak food review di sini kerana tidak begitu  puas hati dengan service dan kualiti persekitaran ..takpa la Norzi tak reveal di sini la,  ..just jump terus ..aktiviti lepas je sarapan yang tak berapa nak sarapan tu.. anak Norzi nak pulak bubble tea  yang jual kat kedai COOL BLOG . Tak tau la kenapa panggil bubble tea..tapi sebab ada bebola kat air tu..tu dari tepung tu... Pernah pergi COOL BLOG tak? Norzi beli pun atas recommendation seorang kawan..so beli je la.. masa tu Norzi beli Mocha,,, full spec untuk Mocha secawan + bubble tea tu RM4.50 lebih kurang ,sori lupa exact figure. Okla ..lain dari yang lain... sebab anak dah dengar ,so apalagi ..diorang pun nak rasa juga .... terus je singgah di Giant berdekatan dengan Pasar Borong Selangor tu .. Norzi baru 2 kali ke Giant tu..sekali datang ngan kawan, sekali lagi datang semalam...




Sampai aje..terus order , tapi anak Norzi order chocolate full spec . Harga RM4.10. Rasa menarik ...ssebab ada add smootie bagi dia rasa lebih halus ..tak pasti tambah apa.. creamer ke... atau  apa Norzi pun  tak pasti...sedap juga... cuma secara peribadi kalau lagi kaw sikit mesti lagi la sedappp.. hehe tapi anak Norzi tak berapa minat la bebola tu... kalau sesiapa boring2 boleh la beli air ni..tambah bebola tu ..kunyah2 boleh hilang boring dan mengantuk.. :)




Nampak tu ..yang tengah berdiri menunggu tu anak Norzi :)...dia sorang dah tak sabar nak..yang lagi 2 orang dah tak sabar masuk kat dalam tempat permainan kat depan kedai ni je..  misi diorang nak main game la apalagi kan...air apa pun dah tak pandang nampak...hihihi. kakak pulak misi mendapatkan air... :)  






Air ready! Tengok plastik ni.. sexy kan design dia :). Tak sangka plastik pun boleh pakai konsep body hugging  aww.. hehe ni la namanya invention... sesuatu penemuan baru... Norzi perhatikan bagus la design dia.... guna plastik sikit je , penjimatan penggunaan bahan mentah dan memang bekas air ni pada posisi macam tu walau goyang cemana pun.... bila jalan rasa comfortable walaupun terpaksa pegang air ni.. cuba bagi plastik yang besar tu..tentu2 la tumpah masa jalan ...sukala design plastik ni...  :)
Kesimpulannya air ni ok, sedap ...kalau kasi pekat sikit, lagi kaw... lagi sedap. Personal review~ Perisa Cappuccino paling sedap ikut selera Norzi ya, ni untuk coffee la. ada banyak lagi cendol pun ada..fruits based pun ada..so kalau Bloggers semua nak cuba sila la ke COOL BLOG  :)

~salam dari Norzi~

RESEPI : MEE JAWA






Assalamualaikum.. salam sejahtera.. Norzi update lagi sikit tentang resepi masa raya hari tu.. Oleh sebab setiap hujung minggu pack dengan tetamu.. tak da ruang nak buat special gathering dengan kawan2 belajar dulu.. walaupun dah janji...tapi tak tertunai sebab masa penuh dengan aktiviti beraya , orang datang beraya...dan tentunya buat untuk jiran-jiran dan saudara terdekat. Memang bukan senang nak dapat berjumpa semua dalam satu masa,biasala semua ada masalah masing-masing.. tapi masakan kali ni bukan Norzi buat masa makan2 hari raya yang jemput ramai tu... tapi buat lebih awal seminggu masa meraikan cikgu nursery anak yang nak datang berhari raya . Sebab pada hari yang sama, adik ipar Norzi dari Melaka pun nak datang sekeluarga dengan adik beradik iparnya... jadi dah terlanjur ramai Norzi pun masak la resepi Mee Jawa ni... 

Mee jawa ni tak semestinya orang Jawa je boleh atau suka makan.. Orang tak berapa Jawa pun mungkin lebih suka makan. Sejarah nama mee jawa ni Norzi tak sempat nak search tapi yang special nya pada nama menu ni adalah ada nama 'Jawa'... Tapi yang pasti bapa Norzi memang orang Jawa tau..dan Norzi serta suami berdarah keturunan Jawa.. Bapa Norzi boleh bercakap dalam bahasa Jawa. Norzi pula.. vocabulary jawa tak berapa banyak ingat..struktur ayat pun tak pandai....sebab emak Norzi orang Melayu ..mungkin kalau tinggal kat kampung boleh fasih berbahasa jawa :)

Cerita pasal mee jawa balik.. untuk buat kuah mee jawa ni, Norzi banyak kali eksperimen, barulah selesa nak buat semasa raya..  Pantang ada bahan di peti sejuk , Norzi mesti nak transform jadi mee jawa. Daging dalam kuah mee jawa yang telah lembut di masak, makan dengan mee, telur dan bahan-bahan lain , dan jangan lupa perah limau.. sangat-sangat sedap.  Kalau tak percaya , nanti boleh cuba kat rumah ya. Untuk satu pinggan makan , masaknya sekejap aje. Tapi proses membuat me jawa ni tetap sama walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kentang tetap kena rebus n blend halus, jadi lebih baik buat banyak sikit. Boleh sehari semalam makan menu mee jawa. 







Alhamdulillah memang sedap rasa mee ni (heheeh jangan marah ya, ni sedap pada selera Norzi dan keluarga... ) . Cuma masa ni Norzi buat  tak pakai taugeh ni.. Norzi buat mee 3 bungkus... kuah pula seperiuk besar...nanti jika senang dan kelapangan Norzi update pasal periuk yang tak berapa besar tu..tapi dikira paling besar dalam rumah Norzi ni hihi. Sebab kena masa banyak  ni..sebab nak serve cikgu , adik ipar sekeluarga dan kebetulan parents dan kakak Norzi datang..jadi semua makan  dalam 30 orang dewasa....masa tu Norzi buat spaghetti juga .. hehe masak menu ulang2 sebab orang yang di hidangkan untuk makan  tu kan tak sama...kira bolehla kan..








Masa ni bila dah siap terhidang mee jawa dan spaghetti, Norzi letak siap2 dalam tray supaya senang nanti bila tetamu datang..biasala takda maid..takut tak sempt  Norzi nak hidang 3-4 kali sebab datang dalam gap sejam..  oh ya....jangan terkejut tengok air sebotol aje... air belum keluar lagi ..sebab Norzi sejukkan dulu .. Norzi buat air laici tin aje.. letak dalam mangkuk dan masukkan ais... tu kegemaran kami juga :).... 







Agak-agak semua dah nak hampir selesai, Norzi sempat la snap gambar untuk diabadikan.... nampak tak mee tu tiga bungkus Norzi buat ..kira baki tu untuk Norzi dan anak2 serta suami ulang makan..just nice :). Memang tak membazir..: )  

Kepada anda semua di luar sana yg nak kalau berminat nak buat..boleh tengok la resepi di sini ya .. Norzi minta izin share di sini ya kak ita ...ambil resepi direct ni kak....

Mee Jawa
Oleh : Norzi Foodilicious House
Sumber Rujukan :Kak  Ita 
Bahan-bahannya:

Bahan A
1 bungkus mee kuning - dicelur
1/2 daging - direbus kemudian dihiris nipis (air rebusan jangan buang nanti nak dibuat kuahnyer)
1 cawan udang - dibuang kepala dan ekor
1 cawan taugeh - dicelur (Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak buang ekor taugeh :)
sayur sawi - dipotong kecil dan dicelur
tauhu - digoreng dan dihiris nipisn(Norzi tak guna ni sebab tak sempat nak goreng dan potong2 tapi rasanya masih marvellous)
telur - direbus
bawang goreng ( ni memang norzi tak beli sebab hubby ku tak nak)
cili merah - dihiris
3 biji kentang / keledek - dikupas dipotong dadu dan direbus kemudian dikisar halus
2 buku gula melaka (Norzi guna satu saja)
garam dan gula secukup rasa
2 kiub daging.
2 keping asam keping atau asam gelugur
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan B dikisar
2 inc halia - dikisar
1 inc lengkuas - dikisar
2 batang serai - dikisar
* semua bahan diatas dikisar halus kemudian ditapis ambil airnyer sahaja
6 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 cawan udang kering - dikisar
1/2 cawan ikan bilis - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
* air tapisan tadi dicampur dgn bahan diatas kemudian dikisar halus


Cara-cara:

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan B hingga garing dan harum.
Kemudian masukkan rempah kari yg tlh dibancuh dgn sedikit air. masak lagi hingga garing
Masukkan kentang atau keledek dan air rebusan daging mengikut kepekatan yg diingini.
Masukkan udang , gula melaka, asam keping dan kiub daging masak hingga kuah didih.
Akhir sekali masukan garam dan gula rasakan masam manisnyer.... * mee jawa kuahnyer manis sedikit ye dari mee rebus.... Biarkan hingga kuah mendidih dan pekat...

Macamtu la kaedahnya.. memang sedap... cuba tau..jangan tak cuba.. memang istimewa resepi ni... Norzi selalu buat sebab kena dengan selera big boss.. iaitu en hubby dan anak - anak tercinta..ok.. Sampai sini dulu .. Norzi dalam proses tulis pasal Cuti-cuti Malaysia ke Sabah ni masih belum selesai .... update entri ini dulu.. sampai sini saja.. 


salam ukhwah... 


“Jazaakumullah Khairan Katsiran
Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” 

(جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) 
“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


~Norzi~



Khas untuk ibu-ibu :










RESEPI : MASAK SPAGHETTI RESEPI KEGEMARAN DI HARI RAYA

Assalamualaikum..selamat malam.. rasa nak tergelak pulak tengok title entri kali ni. Jangan marah ya,.. tak berapa sempat dah nak update .. agak lama dah cerita ni tapi takpa... untuk rujukan sendiri juga... banyakkkk sangat benda yang tertangguh ni.... check list sesangat dan semakin panjang.. setiap hari berazam nak update blog dengan semua bahan yang Norzi ada.. nak share banyk benda tapi masa tak mengizinkan. Now on,kalau Norzi ada kelapangan je Norzi pasti akan menulis...and try recall semua aktiviti..and sekarng Norzi sedang di luar kawasan, dan tetap nak update sikit2.. sbb sekrang ni banyak benda yang kalau lambat record aka type, terus lost ... Ok cerita sikit pasa spaghetti. Hari tu ada tegur Dya Bunga pasal dia makan spghetti.. ha ni kakzi masak dear... :) masak sendiri ... selalunya kalau masak, memang masak banyak.. iaitu sebanyak sebungkus .. haha banyak sebenarnya bila rebus sebungkus spaghetti tu./ tapi masa hari raya hari tu Norzi masa 3 bungkus ..sebab  maksimum periuk boleh lepas utk 3 bungkus je...  Ada beberapa menu sebenarnya, tapi Norzi decided masak spaghetti, dan masak nasi himpit je,,  agak specialized sikit. Roger mak ku cinta, masakkan rendang ayam 2 ekor... mak dan kakak Norzi macam biasala.. sngat suka masak so diorang ok aje , plus siap buat laksa lagi , owh makkk....sayanggg mak.. (bahan Norzi supply untuk rendang je, laksa mak sponsor weeee :)

Norzi beli barang mcam biasala , rasanya buat spaghetti ni paling mudah,.. kalau laksa bnyk sangat aksesori , surrender la Norzi tak dapat la nak ringankan tulang  tang tu sebab Norzi ni takda maid so semua kena urus sendiri dari sekecil-kecil benda,, nasib baik hubby ku sayang pun ringan tulang suka tolong :).  Okay layan gambar kat bawah ni, nampak tak Nescafe Latte itu? Kegemaran Norzi tu...tujuan beli masa ni sebab nak dijadikan ubat anti ngantuk hahaha. Memang mujarab la.. . Tapi lepas 12 jam, tido yang tak ingat punya, kadar tidur terbaik untuk cover balik masa  mata yang tak mengantuk tu.. lain2 bahan mentah dalam tin macam biasa la... tomato puree, prego sauce, sos tomato maggi./kimball (sama saja)...oyster dauce tu beli tuk masak lain...masak hari2 ...

bahan-bahan asas yang perlu  ok..

Oleh sebab anak2 Norzi tak suka sayur, so Norzi tambah kan 3 batang carrot untuk dimasukkan sekali dalam kuah spaghetti ni, Norzi blend kan supaya halus dan.. mereka taktau pun ingredientnya adalah carrot... diorang pun akan syok makan dan tak sedar ada sayur , kalau physical sayur tu tak di blend, diorang akan sort awal2 , dah la tak dapat khasiat sayur, malah berlaku pembaziran... jadi senang buat macam ni. owh ya , authentic taste of spaghetti sauce, ingredientnya mmg ada letak carrot ya,,, tapi resepi Norzi ni ikut citarasa Norzi yang telah dimelayukan ikut tekak Norzi ya :)

carrot yang telah di blend


Sebelum masak, raw material kena la dipotong2, potong ni mmg agak leceh sikit sebab ambil masa, tapi masak mudah kerjanya..s.ebab lepas tu kita masukkan aje dalam periuk. Bila dah siap potong and hiris semua yang perlukan , boleh la start masak dengan tenang nya.. :)



Nampak tu daun saderi atau celery. Suka  batang saderi letak dalam spaghetti :). Bila semua ok , projek Norzi pun nak mula dah.. dah  siap susun dah , tinggal masak saja. Sebab masak dalam kuantiti yang banyak, periuk pun apalagi , mestila besar... walaupun sebenarnya rasa tak cukup besar lagi tapi itu je yang ada , iaitu periuk  terbesar di rumah Norzi. 




Daging yang telah di cuci, di keringkan di dalam periuk.. dan bila dah kering, masukkan sosej yang telah dihiris...keringkan juga...dah kering barulah kita tambahkan segala bahan mentah lain yang dihiris mcm sayur saderi, cendawan,bawang , carrot dan kacau sekejap, kemudian masukkan sos tadi dan letak lah 2-3 mangkuk kecil dengan air masak dan masaklah sehingga sebati dan mendidih. Bila dah mendidin dan puas hati, anda boleh perasakan mengikut citarasa anda...




Minced meat - masak hingga kering 

 Inilah rupa sos nya dah siap... tapi tak sempat nak snap pic yang complete dengan pasta sebab masa tu kelam kabut dan agak sibuk sediakan benda lain...sampai terlupa :). InsyaAllah next time norzi akan letak yang complete dengan pasta ya.. :). Sampai sini dulu nanti Norzi update lagi kerana semasa menulis entri ini Norzi berada di luar kawasan. Salam Ukhwah :)




KEPUTUSAN PENILAIAN KURIKULUM SEK.RENDAH 2

Assalamualaikum..kelmarin sibuk2 Norzi cari semua dokumen anak untuk perjalanan kami ke Sabah..terjumpa satu kertas yang sangat2 bermakna. Ironinya, Norzi belum pulangkan kertas tu pada pihak sekolah .. owhhhh belum ditandatangani lagi...  cepat-capat Norzi tandatangan dan taktau bila masa yang sesuai untuk dihantar semula pada guru sekolah sebab peperiksaan akhir akan bermula dalam seminggu dua lagi... tapi tak mengapa,, Norzi mengabadikannya di sini supaya menjadi satu tanda ingatan dan rujukan untuk anak Norzi.

Semoga kakak berusaha lebih lagi selepas ini. Tengok ada B kat situ... can u see that kakak?
There are spaces for improvement kakak. yang penting USAHA dan FOCUS. Tahniah dari mama but next time mesti berusaha lagi dan lagi because i know u have the potential dear. 



Akhir kata selamat maju jaya untuk semua murid yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada pertengahan Oktober nanti. InsyaAllah, dengan usaha, focus dan doa anda tentu dapat memberikan yang terbaik. 


“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...